SELEPAS 18 tahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya iaitu Azrene Soraya Abdul Aziz. Fazley, 45, bagaimanapun tidak berkongsi tarikh sebenar dia dan Azrene bercerai namun memaklumkan mereka berpisah sejak beberapa bulan lalu. Cef selebriti itu juga dalam kenyataan kepada media pada Selasa tidak memberitahu punca penceraiannya dengan bekas isteri dan hanya menyatakan keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama. Fazley dan Azrene masih mengekalkan hubungan baik walaupun sudah bercerai. “Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya. Fazley juga menjelaskan bahawa hubungannya bersama Azrene dalam keadaan baik walaupun sudah tiada lagi ikatan suami isteri. Malah menerusi perkongsian di Instastory miliknya pada Selasa, Fazley turut berkongsi foto bersama bekas isteri dan anak-anak mereka di sebuah restoran. ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob jujur dengan isteri, tidak berahsia kalau ada perempuan ajak keluar... “Tak semua penyondol salah” ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob hormat keputusan adik ipar, yakin Mawar Rashid sudah fikir secara mendalam sebelum lepas tudung Tambah Fazley, dia sendiri yang memfailkan penceraian mereka dan tempoh idah Azrene sudah pun tamat beberapa minggu lalu. Bercakap soal empat anak mereka, Fazley memberitahu dia dan bekas isteri diberi hak jagaan bersama. Untuk rekod, Fazley dan Azrene berkahwin pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan Alayna Selma 7. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!