suria

Hubungan Fazley Yaakob dan bekas isteri kekal rapat, anak-anak lapang dada terima berita penceraian - “Tak semua pahit itu racun”

Anak-anak memahami keputusan Fazley dan Azrene berpisah.

WALAUPUN sudah tidak lagi bersama, penyanyi Datuk Fazley Yaakob dan bekas isterinya Azrene Soraya Abdul Aziz masih mengekalkan hubungan baik.

Fazley, 45, berkata, penceraian bukan alasan untuk mereka bermusuh malah hubungan dia dan Azrene masih kekal rapat seperti mana sebelum berpisah.

"Saya, Azrene dan anak-anak sangat okay, malah kami sekeluarga seperti biasa boleh keluar makan, tengok wayang dan melawat Azrene sekali.

size NP 1 - 2024-10-15T165211.163

Fazley dan Azrene kekal berhubungan baik walaupun bercerai.

"Walaupun sudah berpisah dalam akad, tiada lagi perkataan melambangkan suami isteri tetapi hubungan kekeluargaan masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fazley berkata, anak-anak juga menerima berita perpisahan dia dan Azrene dengan lapang dada.

Malah mereka sekeluarga masih melakukan pelbagai aktiviti bersama termasuk kumpulan sembang di aplikasi WhatsApp tidak berubah sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 18 tahun Fazley Yaakob dan Azrene Soraya berakhir, sah cerai beberapa bulan lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob jujur dengan isteri, tidak berahsia kalau ada perempuan ajak keluar... “Tak semua penyondol salah”

"Anak-anak juga tiada kekangan di antara hubungan saya dan Azrene, hubungan masih sama, kumpulan WhatsApp pun masih sama dan makan tempat sama.

"Bezanya hubungan kami sudah tidak berlandaskan suami isteri. Tapi saya percaya penceraian itu bukan pengakhiran sebuah kasih sayang kekeluargaan atau anak-anak perlu sengsara dalam perpisahan tersebut.

"Pada saya tidak semua pahit itu racun, tidak semua manis itu madu, kehidupan tetap perlu diteruskan, anak-anak memahami dan menghormati keputusan kami," jelasnya.

size NP 1 - 2024-10-15T143138.914

Fazley, Azrene dan anak-anak meluangkan masa bersama.

Pada Selasa, Fazley mendedahkan dia dan Azrene sudah bercerai beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun pasangan ini tidak memaklumkan punca pencerian mereka dan hanya menyatakan keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.

Selain itu, Fazley dan bekas isteri diberi hak jagaan bersama buat empat orang anak mereka.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene berkahwin pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan Alayna Selma 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain