suria

Perbicaraan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies ditangguh tahun depan

Aliff dan Ruhainies berdepan tuduhan khalwat.

MAHKAMAH menetapkan perbicaraan kes khalwat melibatkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun depan.

Perkara tersebut dibenarkan oleh Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Malah, kedua-dua tertuduh iaitu Aliff dan Ruhainies dilanjutkan tempoh jaminan sehingga tarikh perbicaraan seterusnya.

RUHAINIES 6

Aliff dan Ruhainies ketika keluar bilik perbicaraan.

Dalam prosiding berlangsung, mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu.

Ini kerana penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.

Kedua-dua mereka diwakili oleh peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tenang hadir mahkamah kes khalwat, Ruhainies mohon doa

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Untuk rekod, Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

ruhainies 1

Kes Aliff dan Ruhainies dibicarakn tahun hadapan.

Pada 9 Mac lalu, media melaporkan Ruhainies dan Aliff dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain