suria

[V] Ada sebab Aliff Aziz dan Ruhainies kunci mulut selepas prosiding kes khalwat, ini penjelasan peguam

PEGUAM kepada Aliff Aziz dan Ruhainies iaitu Amirul Ashraf Ghani tampil menjelaskan punca kedua-dua pelakon tersebut mendiamkan diri daripada menjawab soalan diajukan oleh media.

Menurut Amirul, anak guamnya itu telah diberikan nasihat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan itu mendahului prosiding mahkamah.

Tambahnya lagi, tindakan itu juga dilakukan kerana mereka mahu memberikan fokus terhadap kes khalwat tersebut dan enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Copy of Untitled - 2024-10-17T121555.210

Amirul menjelaskan perkara itu sejurus selesai prosiding kes khalwat.

“Mungkin mereka tidak mahu komen sebab takut mendahului prosiding mahkamah. Kedua, kita menghormati prosiding mahkamah hari ini, jadi mungkin anak guam saya fokus untuk kes ini.

“Mereka tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan hingga menganggu prosiding mahkamah.

“Nasihat peguam adalah untuk memastikan tiada kenyataan yang mendahului prosiding mahkamah daripada anak guam sebab kita menghormati prosiding mahkamah,” katanya kepada mStar.

Amirul memaklumkan perkara itu sejurus selesai prosiding kes khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies elak soalan media, tergesa-gesa tinggalkan mahkamah selepas prosiding kes khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies ditangguh tahun depan

Ditanya mengenai prosiding yang berlangsung, Amirul memaklum ia adalah berkaitan pertukaran penjamin untuk Aliff dan penyerahan dokumen bagi perbicaraan kelak.

“Kalau ikutkan prosiding hari ini ada pertukaran penjamin dan serahan beberapa dokumen oleh pihak pendakwaan untuk perbicaraan.

“Kes ini ditetapkan untuk bicara pada 20 dan 27 Februari depan bagi keterangan dikemukakan pihak pendakwaan,” ujarnya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan dua hari iaitu 20 dan 27 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes khalwat antara Aliff Aziz Ruhainies.

Mungkin mereka tidak mahu komen sebab takut mendahului prosiding mahkamah.

AMIRUL ASHRAF GHANI

PEGUAN ALIFF DAN RUHAINIES

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.

Hakim juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu memandangkan yang sebelumnya menarik diri.

Pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

2968789

Pada 9 Mac lalu, media melaporkan Ruhainies dan Aliff dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain