PENYANYI Sufi Rashid lega apabila tuntutan saman terhadap bekas rakan niaganya berhubung penipuan penganjuran sebuah festival muzik di Sepang, Selangor dua tahun lalu berpihak kepadanya. Sufi atau Mohammad Sufi Rashid, 33, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan defendan membayar ganti rugi berjumlah RM165,000 kepadanya. Selaku plaintif kes berkenaan, Sufi berkata akibat ditipu rakan niaga sendiri, syarikatnya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.2 juta. Sufi menang kes saman terhadap bekas rakan niaga. “Sepatutnya kami hendak menganjurkan acara muzik tetapi sayangnya kena tipu dan rugi sekitar RM1.2 juta. “Dalam perjanjian, defendan perlu bayar kepada saya sebanyak RM1 juta tetapi yang diterima hanya setengah juta. Kalau tak mampu, kami beri kelonggaran. “Untuk adakan acara di sini perlu melibatkan warganegara Malaysia dan syarikat itu didaftarkan di bawah nama isteri saya. Jadi, kesannya lebih dirasai oleh isteri,” katanya kepada mStar. Sufie berkongsi perkara itu selepas sidang media Konsert Aura Ernie Zakri di St Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada petang Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Sufi Rashid rasai nikmat sabar, hubungan dengan ibu sudah kembali jernih ARTIKEL BERKAITAN: “Baby London!” - Isteri hamil 6 bulan, Sufi Rashid bakal timang bayi perempuan Dalam pada itu, walaupun menanggung kerugian namun penyanyi asal Singapura ini tetap bersyukur dengan keputusan dibuat mahkamah. Malah menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa depan. “Syukur hasil melantik peguam yang bagus, keputusan mahkamah berpihak kepada kami pagi tadi. “Memang bayaran yang diterima tidak balik modal tetapi semua ini untuk memberi pengajaran agar tidak melakukan hal sama terhadap orang lain,” ujarnya. Sepatutnya kami hendak menganjurkan acara muzik tetapi sayangnya kena tipu dan rugi sekitar RM1.2 juta. SUFI RASHID PENYANYI Sementara itu, kata Sufi perkara tersebut juga memberi impak negatif pada emosi isterinya sehingga mengalami tekanan perasaan. “Kes ini memang beri impak besar terhadap kami sehingga ada klien yang mencari isteri saya. "Dia juga hampir tidak dibenarkan ke luar negara serta mengalami tekanan sehingga takut nak keluar dari rumah," katanya. Konsert Aura Ernie Zakri Live In Concert bakal berlangsung pada 25 Januari 2025. Pada pagi Rabu, Sufi memuat naik hantaran memaparkan satu tangkap layar surat perintah mahkamah yang mengarahkan pihak defendan perlu membayar ganti rugi am kepadanya. Dalam perkembangan lain, syarikat milik Sufi iaitu Sah Entertainment bakal menganjurkan konsert solo buat penyanyi Ernie Zakri. Konsert Aura Ernie Zakri Live In Concert itu akan berlangsung pada 25 Januari 2025 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!