suria

Tajul perlahankan nyanyian, utamakan bisnes fokus kerjaya mampu datangkan duit

PENYANYI Tajul mengakui karier nyanyian bukan lagi keutamaan, sebaliknya dia kini mahu memberikan lebih tumpuan kepada bidang perniagaan.

Kata Tajul atau Tajul Ariff Noor Md. Shari, 26, karier nyanyian hanya dijadikan sebagai hobi serta pekerjaan tambahan saja kerana dapat meluangkan waktu bersama keluarga tercinta.

“Betul buat masa ini hanya lebih fokus kepada keluarga sekarang ini kerana perniagaan nampak dapat sambutan jadi lebih baik fokus kepada perkara yang mendatangkan duit terlebih dahulu.

“Nyanyian ni saya hanya buat sekadar pendapatan tambahan saja kalau ada undangan nyanyian baru saja saya aktif balik.

“Kalau nak kata rindu zaman dulu tu memang la tapi itu semua sudah berlalu cumanya sekarang ni saya nak lebih tenang, walaupun begitu setiap kali lagu saya keluar masih lagi ada sambutan juga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi