suria

Lelaki itu hebat kalau mampu memiliki Raja Azura, mengaku sedang kenal seseorang

PENGACARA dan pelakon Raja Azura mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dengan lebih rapat.

Berkongsi perkara itu, Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berkata lelaki itu bukanlah orang dalam industri.

“Saya belum berkahwin lagi dan gambar sebelum ini sepupu yang kahwin jadi biasalah itu adat-adat perkahwinan diraja dan saya hanya jadi pembawa dulang waktu tu, tak kan pengantin bawa dulang sendiri kan.

“Siapakah jejaka yang sangat hebat boleh menawan saya tu dan kalau memiliki saya memang hebat sebab kerenah saya ni.

“Ya memang ada berkawan, dia bukan dalam kalangan orang industri seni, cukup itu saja yang lain minta doakan okay,” katanya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi