suria

Ditinggal kekasih, Amir Masdi tak tutup pintu hati untuk bercinta lagi... Mahu wanita matang dan memahami

PENYANYI Amir Masdi menjawab dakwaan takut menjalinkan hubungan cinta dan berkahwin kerana risau karier bakal merundum.

Kata Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 28, dia sama sekali tidak terfikir akan perkara itu dan percaya bahawa setiap rezeki itu datang daripada Allah.

“Saya tidak fikir macam itu. Bagi saya, benda (kerjaya meningkat) itu adalah rezeki. Ada sahaja yang selepas kahwin, tapi mereka masih berjaya. Itu semua mengikut macam mana seseorang itu buat strategi dalam kerjaya mereka,” katanya kepada mStar.

Selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya sebelum ini, Amir berkata dia kini mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap karier terlebih dahulu.

“Kalau dulu betul saya serik, tapi sekarang okay sahaja. Sekarang ini saya belum terlalu bersedia (bercinta), tapi bukanlah terus tutup pintu hati. Saya fokus kerja terlebih dahulu.

“Saya tidak mencari, tapi saya hanya tunggu waktu yang sesuai. Setakat ini tiada lagi sebab saya berkurung untuk fokus tentang album saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amir baru sahaja melancarkan album keduanya iaitu AM:PM yang mengandungi 12 buah lagu.

Jelas Amir, kesemua lagu tersebut ditulis bersama komposer Edry Abdul Halim dan dirakamkan di Manchester, United Kingdom.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi