suria

Adriana Adnan enggan buka aib dedah pekung dalam podcast, tak sanggup malukan diri demi viral

Adriana tidak mahu menjadikan platform media sosial miliknya sebagai tempat kecaman.

PELAKON dan pengacara Adriana Adnan tidak pernah terfikir untuk membuka aib sendiri di siaran podcast miliknya semata-mata untuk mendapat perhatian ramai.

Kata Adriana, 29, dia mengingati pesanan ibunya yang juga pengacara iaitu Datin Zamzarina Zambri yang sentiasa menasihatinya untuk menjaga batasan ketika bekerja.

Dalam hal ini, Adriana berkata dia bukan sahaja bertanggungjawab menjaga nama baik sendiri malah dia perlu menghormati suami dan keluarga mentua.

adriana2 - 1

Adrina mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

"Saya kalau boleh tidak mahu kaitkan peribadi seperti kisah lampau apa yang saya buat, keluarkan aib dan pekung di dada saya.

"Siapa yang kenal saya, buat apa-apa pun memang saya ada had kerana saya juga dibesarkan ibu yang bekerja dalam industri juga.

"Ibu pun dah pernah beritahu batas-batas dalam pekerjaan ini. Saya pun sudah berkahwin, ada suami, dah berkeluarga... Ada pula keluarga mentua, saya tidak mahu membuat isu yang mungkin akan memalukan keluarga," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak hingga menitis air mata, Adriana Adnan teruja dapat bergambar dengan Park Seo Joon

ARTIKEL BERKAITAN: Adriana Adnan tak mahu terlalu terbuka kongsi kisah peribadi... Tidak tertekan diaju tentang anak

Dalam pada itu, Adriana memberitahu dia tidak bersetuju sekiranya mana-mana individu sengaja mencipta kontroversi demi menjadi viral di media sosial.

Tambahnya, dia akan cuba untuk menghasilkan kandungan yang baik tanpa memalukan atau mengaibkan mana-mana individu.

"Saya sebenarnya bantahlah kalau orang sengaja cari isu hanya untuk viral. Saya faham, bila tiba-tiba satu video yang dimuat naik viral, mereka akan menganggap content tersebut digemari ramai.

Saya kalau boleh tidak mahu kaitkan peribadi seperti kisah lampau apa yang saya buat, keluarkan aib dan pekung di dada saya.

ADRIANA ADNAN

PELAKON/PENGACARA

"Jadi mereka pun buatlah sampai 10 video sebegitu, dah jadi masalah pula kan. Saya faham sekarang ini terlalu ramai orang buat apa sahaja demi content. Bukan selebriti sahaja. Sekarang macam-macam isu, demi content.

"Kalau boleh saya buat semampu saya, tidaklah saya buat sampai nak memalukan diri untuk viral," ujarnya.

Adriana bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila siaran podcast miliknya iaitu 'Ruang Terbuka' tidak menerima sebarang kecaman negatif .

adriana1 - 1

Adriana tidak akan membincangkan topik yang boleh mengundang kecaman netizen.

Kata Adriana, dia berusaha untuk tidak menjadikan platform media sosial sebagai tempat untuk netizen melontarkan kata-kata yang tidak baik.

"Buat masa ini Alhamdulillah podcast saya tidak menerima komen-komen negatif. Saya tidak mahu menjadi platform untuk orang mengata.

"Kalau boleh saya tidak mahu jadikan media sosial, podcast atau saluran YouTube saya sebagai tempat netizen bergaduh sebab nanti ia menjadi 'saham' untuk saya juga," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain