suria

Atiq Azman kini tunang orang, bakal kahwin Alia Natasha tahun depan 

Atiq gigih mempersiapkan diri agar dapat memikul tanggungjawab sebagai suami yang baik.

PELAKON Atiq Azman selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati iaitu Alia Natasha pada malam Sabtu.

Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 24, berkata, dia dan Alia dijangka disatukan sebagai suami isteri tahun depan.

Sudah menetapkan tarikh pernikahan namun Atiq memilih merahsiakan perkara itu buat masa ini.

"Alhamdulillah majlis berjalan lancar semalam. Saya hadir ke majlis yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pun ketika acara hampir selesai.

Copy of Untitled - 2024-10-27T114959.080

Atiq memilih untuk merahsiakan tarikh nikah.

"Tarikh pernikahan sudah dibincang dan dipersetujui oleh keluarga kedua-dua belah pihak tetapi saya tak boleh nak umumkan lagi.

"Insya-Allah tak lama pun (bertunang), dalam jangka masa setahun sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Berkongsi mengenai persediaan melangkah alam perkahwinan, Atiq mengakui banyak perkara perlu dilakukan sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman tamat zaman bujang tahun depan, pilih pramugari sebagai calon isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Penat dituduh suka kaum sejenis, Atiq Azman kongsi foto bersama teman wanita

Tidak hanya tentang majlis, Atiq memberitahu dia juga gigih mempersiapkan diri agar dapat memikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik kepada Alia.

"Persediaan bukan setakat majlis sahaja tetapi diri saya sendiri... Perangai lama kena ubah.

"Banyak saya kena belajar untuk menjadi seorang suami termasuk dari segi kewangan, kesabaran, keadilan dan tanggungjawab," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-10-27T115028.580

Majlis pertunangan pasangan itu berjalan lancar.

Tenang sebelum berubah status, Atiq memberitahu dia masih dalam fasa tidak percaya dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

"Jujurnya tiada tekanan tapi lebih kepada rasa tidak percaya saya akan bergelar suami.

"Saya dan tak boleh nak seronok-seronok macam dulu, kena berpada-pada dalam setiap tindakan saya.

"Ada juga terfikir macam mana diri saya selepas bergerlar suami dan melalui kehidupan bersama isteri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain