SEJAK bercerai dengan aktres Nur Fazura, rezeki pelakon Fattah Amin dalam dunia seni melimpah ruah dengan pelbagai tawaran kerja. Malah kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, jadual kerjanya juga sudah padat dengan pelbagai aktiviti sehingga Februari tahun depan. "Sebenarnya rezeki ini memang sudah tertulis... Alhamdulillah saya pun tak sangka rezeki saya sangat murah dan saya bersyukur kepada Allah. Fattah berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan. "Jadual saya pun sudah penuh tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai Februari 2025, Alhamdulillah (penuh)," katanya kepada mStar. Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Fattah menyifatkan rezeki diterima datang dengan tanggungjawab iaitu memberi komitmen penuh agar tiada pihak kecewa dengan hasil kerjanya. ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya hati Fattah Amin, tak ambil komisen jualan kambing perap minta infak golongan memerlukan ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘duda hot’, Fattah Amin terharu ramai bagi sokongan... Mahu fokus karier dan anak Bagiamanapun kata pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini, dia masih memilih projek bersesuaian dan bukannya mengambil sikap 'asal boleh'. "Rezeki ini satu tanggungjawab perlu saya lunaskan sebaik mungkin sebab tak mahu mengecewakan mereka yang meletakkan kepercayaan kepada saya. "Saya juga tidak terima sahaja semua tawaran yang diberikan dan meneliti daripada pelbagai sudut sebelum memberi kata setuju," jelasnya. Disebabkan jadual kerja yang padat, Fattah memberitahu ia turut menjadi punca berat badannya semakin susut. Berat badan Fattah sedikit susut, hilang tiga kilogram. "Nampak susut mungkin sebab sibuk bekerja, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram sahaja," katanya. Ditanya tentang sokongan diterima daripada peminat, Fattah meluahkan rasa terharu kerana masih mendapat dorongan kuat untuk meneruskan kehidupan. Kata Fattah, dia percaya dengan setiap doa dan kata-kata baik dilemparkan itu akan digantikan dengan ganjaran lebih baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!