PEREKA fesyen Ezuwan Ismail tenang apabila busana rekaannya buat model Sandra Lim yang mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73 mendapat kecaman netizen. Ezuwan, 42, berkata, walaupun kecaman dilontarkan meninggalkan kesan kepada emosinya namun percaya sudah memberikan terbaik menerusi rekaan dihasilkan untuk tatapan dunia yang menonton pertandingan tersebut. "Secara jujurnya saya tak baca komen netizen tentang baju rekaan saya selama ini. Ezuwan tidak terkesan membaca komen negatif yang ditinggalkan netizen di media sosial. "Saya takut nak baca tapi ada ternampak satu komen mempersoalkan kredibiliti saya dan mempersoalkan rekaan yang dihasilkan. "Pedas komen itu tapi saya sudah lakukan terbaik, takkan nak buat baju buruk pula untuk bagi satu dunia tengok?," katanya kepada mStar. Berkongsi lanjut, Ezuwan bagaimanapun mengambil kecaman tersebut daripada sudut positif dalam memperbaiki hasil kerjanya selepas ini. ARTIKEL BERKAITAN: Busana RM130,000 Melly Goeslaw rupanya rekaan Ezuwan Ismail, sarat mutiara dan manik seberat 15 kilogram ARTIKEL BERKAITAN: Busana ‘Queen of Gold‘ berharga RM120,000, Ezuwan Ismail beli fabrik emas di luar negara khas buat Aina Abdul “Tapi kecaman yang diterima itu saya ambil untuk ke arah positif dengan akan kerja lebih keras pada masa hadapan. “Apa yang penting sekarang adalah kita sebagai rakyat Malaysia doakan terbaik buat Sandra pada malam final nanti,” jelasnya. Sementara itu, Ezuwan berkongsi dia perlu menyiapkan tiga busana buat Sandra dengan masa diperuntukkan selama tiga minggu. Jelas pereka fesyen itu lagi, ketiga-tiga kos bagi busana tersebut mencecah lebih RM150,000. Busana yang disarungkan oleh Sandra mendapat perhatian ramai. Sebelum ini, dua rekaan baju Ezuwan bagi kategori National Costume dan Evening Gown Preliminary yang bakal disarungkan model itu menerima kritikan pedas netizen. Bagi kategori Secret Gown pula, Ezuwan dan Sandra memilih tidak mendedahkan rekaan berkenaan kepada umum kerana ingin memberi kejutan. Malam kemuncak Miss Universe ke-73 bakal berlangsung pada 17 November depan di Mexico City, Mexico. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!