suria

Berbelas tahun berlakon tak pernah dapat anugerah, Shakila Khoriri tumpang gembira suami menang ASA2024

Shakilla menyimpan keinginan untuk menggenggam trofi anugerah.

PELAKON Syakilla Khoriri bangga dengan kejayaan suaminya iaitu Mohd Fariz merangkul anugerah Rancangan Sukan TV Terbaik di malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) pada Sabtu.

Meskipun tidak meraih sebarang anugerah dalam acara berkenaan, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, tetap tumpang gembira dengan kejayaan suaminya itu.

"Hari ni saya ada di ASA2024 meraikan kemenangan atau boleh saya sebut sebagai yang terbaik cuma bukan daripada saya tapi untuk Fariz.

Copy of Untitled - 2024-10-27T150522.268

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Bermula dengan berita pencalonan untuk top 5 sehingga dipilih sebagai yang terbaik. Alhamdulillah, saya gembira untuk awak," katanya.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instgram pada Ahad.

Dalam ucapan sama, Shakilla sempat meluahkan keinginan untuk menggenggam trofi apatah lagi dia menceburi bidang lakonan sejak berbelas tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai bincang luar mahkamah, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri capai kata sepakat isu penjagaan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ‘terpaling’ tahu fasal keadaan anak, Shakilla Khoriri nasihat lebih baik diam

Shakilla bagaimanapun berlapang dada menerima ketentuan tersebut malah beranggapan ada yang lebih layak berbanding dirinya.

"Berbelas tahun dalam industri belum direzekikan untuk naik ke pentas untuk terima apa saja penghargaan yang terbaik.

"Maka saya tanamkan dalam diri bahawa, saya belum cukup terbaik berbanding orang lain. Yakin aturan Allah itu sememang yang terbaik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bapa MK meninggal dunia