suria

Elly Mazlein curi masa ‘me time’ di rumah, tidak ambil sebarang makanan tambahan

Elly akan pastikan dia mendapat rehat yang cukup sebelum bekerja.

MENJALANI kehidupan harian dengan jadual tugas yang padat, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein mengakui bukan mudah mahu mencuri masa untuk dirinya sendiri.

Bukan sahaja sibuk dengan kerjaya seni, Elly atau mesra disapa Kak Lina, 44, juga perlu menguruskan rumah tangga tanpa mendapatkan khidmat pembantu.

Dalam kesibukan aktiviti harian itu, Elly berkata dia ada cara tersendiri untuk memastikan dirinya kekal bertenaga dan ceria tatkala tampil di atas pentas.

elly 2

Amalan pemakanan sihat antara cara Elly menjaga kesihatan.

"Memang susah sebenarnya nak cari masa untuk diri sendiri dan keluarga. Tetapi saya biasanya akan curi masa rehat di rumah apabila selesai semua kerja.

"Uruskan kerja-kerja di rumah juga sudah jadi satu senaman. Saya pun bukanlah seorang yang suka keluar, bila ada masa lapang lebih selesa duduk di rumah.

"Saya memang tiada pembantu sebab anak perempuan tidak selesa ada orang lain di rumah. Semuanya saya uruskan sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Meletup’ sebab dah tak tahan, dengki punca ada pihak cuba jatuhkan Elly Mazlein - “Jangan bodohkan diri kita”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elly Mazlein pilih bahagia, tapi jangan cuba ‘jentik’ kesabarannya

Dalam masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu dia tidak mengambil sebarang ubatan atau makanan tambahan lain (suplemen).

Bagi Elly cukuplah dia mengamalkan pemakanan sihat selain rutin urutan badan untuk kekal bertenaga.

"Saya tidak ajar diri untuk ambil sebarang suplemen. Saya lebih suka yang semulajadi. Kalau sakit kepala pun saya tahan dan tidak ambil ubat melainkan terlalu teruk.

Uruskan kerja-kerja di rumah juga sudah jadi satu senaman

ELLY MAZLEIN

PENYANYI/PENGACARA

"Apa yang penting adalah menjaga pemakanan harian. Saya bukanlah seorang yang cerewet, hidangan simple pun saya makan. Cuma perlu menjaga sahaja.

"Setiap bulan saya akan pergi berurut satu badan. Itu sahaja yang saya amalkan, tiada ada sebarang petua atau pantang larang lain," ujarnya.

Elly juga amat bersyukur suamianya iaitu Muhammad Azlan Che Nuh sangat memahami tugasnya sebagai seorang selebriti yang mana jadual harian juga tidak menentu.

elly 3

Suami banyak membantu tugasan di rumah.

Tambahnya kesefahaman dan kerjasama dalam hubungan rumah tangga membantu memudahkan urusan harian.

"Saya akan sentiasa update dengan suami tentang jadual kerja. Kalau ada tugasan luar saya akan beritahu dan suami sangat membantu menguruskan hal di rumah.

"Penting kerjasama antara suami isteri. Contoh paling mudah, bila saya memasak, suami akan kemas dapur," ceritanya.

Untuk rekod, Elly dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Haider Mateen, 3 tahun.

Dia juga memiliki seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia, 8, hasil perkahwinan terdahulu dengan pengarah Azmi Hatta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain