suria

Neera Azizi nikah tahun depan, pilih mutawif sebagai bakal suami... Berkenalan selepas tunai umrah

Neera yakin Hafizi adalah pilihan tepat.

PELAKON dan penyampai radio Neera Azizi selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafizi di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu.

Mula mengenali Hafizi sejak tahun lalu, Neera atau Nurazneera Azizi, 26, berkata tempoh perkenalan yang singkat bukan penghalang untuk mereka melangkah ke fasa seterusnya.

"Saya pernah berada dalam hubungan bertahun-tahun, tetapi tetap tidak menjadi.

neera 2

Neera mengenali Hafizi semasa dia menunaikan umrah pada Februari lalu.

"Memang kami kenal tak lama, namun bagi saya itu lebih seronok. Dalam proses nak melangkah ke fasa seterusnya lebih banyak kami mengenali antara satu sama lain. Setiap hari ada sahaja benda baharu. Bagi saya lebhih romantik," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Berkongsi lanjut mengenai perkenalan mereka itu, Neera memberitahu Hafizi merupakan seorang mutawif dan bertugas membantu urusan umrah ketika dia menunaikan ibadah itu pada Februari lalu.

Bermula sebagai kenalan, Neera berkata dia mula merasakan Hafizi adalah lelaki terbaik untuk dijadikan teman hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak tolak tawaran, Neera Azizi belum berhenti berlakon... Kini bergelar penyampai radio

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi bukan penyebab Nafiez Zaidi berpisah, tak mahu ada masalah dengan Fify Azmi

"Ketika di Makkah itu ada sahaja yang mula jodohkan kami berdua, namun kami tidaklah begitu rapat. Selepas pulang umrah saya selalu bertanya soalan tentang agama kepadanya. Tambahan pula saya mula berhijab selepas pulang umrah lalu.

"Saya juga banyak melakukan solat istiqarah dan setiap kali berdoa memang perasaan itu lebih memilih dia," ujarnya.

Sementara itu, Neera memberitahu bakal suaminya itu seorang yang berfikiran terbuka dan sedia menerima dirinya yang bekerja dalam dunia seni.

neera 3

Neera rancang bernikah tahun depan.

Dalam perkembangan lain, pasangan ini merancang untuk bernikah pada Julai tahun depan, namun masih merahsiakan tarikh sebenar.

"Sejak awal kami kenal dia tak pernah menghakimi walaupun ketika itu saya belum berhijab. Dia seorang yang berfikiran terbuka dan saya nampak dia boleh terima saya.

"Dia sekarang ini masih bekerja di Makkah dan akan pulang pada Jun tahun hadapan. Selepas berkahwin nanti dia akan terus menetap di sini dan hanya ulang-alik ke Makkah jika ada urusan kerja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain