PELAKON Hisyam Hamid akan menghubungi anak-anaknya selepas selesai menjalani penggambaran sekiranya melakonkan karakter antagonis. Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 39, berkata, cara itu dilakukan kerana anak-anaknya adalah 'pendinding' bagi mengelakkan dia terbawa-bawa dengan watak jahat dilakonkan. "Kadang-kadang selepas buat babak terlampau jahat, saya rasa bersalah. Jadi saya buat panggilan video dengan anak-anak saya untuk memperbetulkan semula minda saya. Hisyam mengakui watak Haikal banyak mempengaruhi emosinya. "Biasanya masuk set saya buang 'Hisyam Hamid' dan masukkan 'roh' watak diberikan. Saya tak berbual dengan orang dekat set penggambaran sebab nak kekalkan karakter itu," katanya kepada mStar. Hisyam memegang watak sebagai Haikal menerusi drama Andai Tiada Dia yang bersiaran di Astro Ria bermula 21 Oktober lalu. Dalam pada itu, Hisyam memberitahu dia sentiasa mengingatkan dirinya agar terus tidak dikuasai emosi marah seperti yang dilakukan di set penggambaran. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bawa balik sikap baran, Emma Maembong ambil masa bersendirian sebelum pulang ke rumah ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan tunjuk tubuh sasa, Hisyam Hamid tak sanggup tayang badan Justeru itu, dia memilih untuk mendekatkan diri dengan orang-orang positif agar lebih mudah untuk keluar daripada karakter berkenaan. "Sebagai pelakon, saya tak nafikan kita boleh terbawa-bawa dengan sesuatu karakter, jadi saya kena bawa diri balik ke landasan. "Bagi saya, fikiran itu kita kena kawal. Misalnya saya buat babak bergaduh, selepas itu kita buatlah perkara-perkara baik dengan keluarga. Saya buat panggilan video dengan anak-anak saya untuk memperbetulkan semula minda saya. HISYAM HAMID PELAKON "Cari benda-benda baik macam berbual dengan mereka untuk serap semula aura positif. Perasaan negatif itu kita tolak tepi sekejap," jelasnya. Berkongsi pengalaman berlakon dalam naskhah berlainan, Hisyam mendedahkan dia terpaksa berhenti menggunakan media sosial untuk beberapa bulan dek perasan benci melihat keluarga bahagia. "Saya pernah terkesan teruk ketika menjalani penggambaran sebuah filem mengenai hubungan keluarga bermasalah. Hisyam bergandingan dengan Ummi menerusi drama Andai Tiada Dia "Emosi saya terganggu sampai tahap tak boleh tengok keluarga orang lain bahagia, jadi saya ambil keputusan tutup akaun media sosial dan enggan ambil tahu tentang kedaaan dunia di luar," ujarnya. Menerusi drama arahan Riza Baharudin, Hisyam bergandingan dengan Ummi Nazeera, Mimi Lana dan Zahiril Adzim. Drama yang sarat dengan emosi ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bergelut dengan dilemma untuk mendapatkan zuriat, ditambah dengan kehadiran otrang ketiga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!