PENAMPILAN ringkas pelakon Noorkhiriah membuatkan dia dilayan sambil lewa oleh pekerja di sebuah butik mewah sewaktu ingin membeli-belah. Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, mengimbau kembali saat suaminya iaitu Azfaizul Ahtan membuat kejutan membawa dia memilih hadiah di sebuah butik tas tangan mewah. Disebabkan penampilannya itu, dia dipandang serong oleh pekerja butik berkenaan. Perkongsian Khiriah yang dimuat naik di Instastory. "Satu masa dulu suami saya buat kejutan bawa ke butik beg tangan mahal. Saya kan selekeh tak reti bergaya, pekerja tu atas bawah pandang saya. Saya sedih. "Sata keluar dari butik itu dan cakap pada suami, pilihlah yang mana pun saya okay. Sama juga macam tadi (kedai lipstik), acuh tak acuh sahaja layan. "Kadang pelik kan manusia suka memandang manusia selekeh macam hina sangat," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Ikutkan hati tak nak minta sumbangan”... Noorkhiriah terpaksa cari dana teruskan kerja amal pengurusan jenazah ARTIKEL BERKAITAN: Video lama kembali tular, Noorkhiriah minta penyamar padam akaun TikTok atau berdepan tindakan Khiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis. Dalam perkongsian itu juga, Khiriah memberitahu dia teringin untuk memakai lipstik berjenama mahal tetapi terkejut apabila melihat tanda harga barangan tersebut. Khiriah bagaimanapun mengambil keputusan untuk membeli lipstik berkenaan dengan menyifatkan pembelian itu sebagai hadiah untuk diri sendiri. "Bila tengok orang pakai lipstik mahal teringin, tapi seram tengok harga. Cubalah masuk satu butik lipstik mahal ni. Belilah sebatang. "Wei, macam mana bila keluar jadi empat batang (beli empat). Tak mengapalah, cakap dengan diri nak merasa. Bak kata orang putih reward diri sebelum bekerja," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!