suria

Sebak tengok Shuib kongsi foto Watie dan arwah Siti Sarah di Tanah Suci, tapi ada pula netizen minta jaga perasaan isteri

Tindakan Shuib meniru semula aksi bersama arwah Siti Sarah mengundang perhatian ramai.

PERKONGSIAN foto pelawak Shuib Sepahtu bersama isterinya iaitu Watie Hanifiah ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuib atau Shamira Muhamamad, 40, dilihat memuat naik beberapa keping foto memaparkan aksi mesra bersama Watie di Jabal Rahman.

Apa yang menarik perhatian, 'pose' yang dilakukan pasangan itu saling tak tumpah dengan gambar yang pernah dirakam Shuib bersama Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin di lokasi yang sama.

Copy of Untitled - 2024-11-01T111215.917

Shuib menjelaskan Jabal Rahmah menjadi bukti kisah percintaannya.

Malah, dia turut berkongsi beberapa keping foto arwah yang sempat dirakam di lokasi sama beberapa tahun sebelum pemergian penyanyi itu.

Dalam pada itu, Shuib menjelaskan lawatannya ke Jabal Rahmah membawa makna besar memandangkan ia menjadi saksi kisah percintaannya bersama kedua-dua isterinya itu.

"Asalamualaikum cinta, tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan dua cinta," katanya menerusi kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan lebih indah berbanding percintaan, Watie banyak berubah sejak kenal Shuib

ARTIKEL BERKAITAN: “Cari aku sebelum peguam cari kau” - Shuib bengang dituduh ‘tunggang’ kematian Siti Sarah, individu mohon maaf sebar fitnah

Meskipun ada yang memuji dan sebak dengan perkongsian Shuib itu, namun ada juga segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan Shuib yang disifatkan tidak menjaga perasaan Watie.

Malah ada yang meminta agar Shuib berhenti mengaitkan mahupun membanding-bandingkan Watie dengan arwah Sarah.

"Hairan, dia nak bandingkan yang telah tiada. Dia tak kisah dengan perasan isteri kedua dia ke?

"Sebenarnya, hati Watie yang kuat. Hanya dia dan Allah saja yang tahu isi hatinya," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain