suria

Hidap ADHD bukan bipolar, Diana Danielle betulkan tanggapan salah segelintir pihak

Diana jelaskan dia hanya alami ADHD dan bukannya bipolar seperti didakwa.

PELAKON Diana Danielle menegaskan dia bukanlah seorang pesakit bipolar seperti didakwa sesetengah pihak.

Jelas Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, dia hanya menghidap penyakit sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan atau ADHD.

Menurut aktres itu, segala tuduhan yang dilemparkan kononnya dia menderita bipolar hanyalah untuk menidakkan beberapa keputusan dibuat olehnya.

size NP 1 - 2024-11-01T115505.435

Diana tegaskan dia bukan pesakit bipolar.

"Untuk membetulkan tanggapan sesetengah orang tentang kesihatan mental saya, saya mempunyai ADHD. Saya bukan bipolar.

"Saya tidak mempunyai episod gangguan mania seperti yang cuba diterangkan oleh sesetengah pihak.

"Saya tidak mengalami kecelaruan personaliti atau Dissociative Identity Disorder (DID), semua label ini dilemparkan untuk menidakkan pengalaman dan pilihan saya," katanya.

Diana berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory pada pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle cepat lupa kerana sindrom ADHD, perlu ada pembantu... Solat dan al-Quran cara atasi gangguan

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle tidak berhubung dengan Farid, sudah minta pindah rumah segera

Sebelum ini, Diana memberitahu dia merupakan seorang pesakit ADHD sehingga membuatkan dirinya mempunyai masalah memori dan menjadikannya cepat lupa.

Namun begitu, perkara tersebut tidak menghalangnya untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai isu berkaitan kesihatan mental.

Malah, Diana juga memberitahu dia akan berjumpa dengan doktor pakar setiap bulan untuk mengetahui keadaan dirinya.

Sejak Isnin lalu, nama Diana menjadi bualan hangat netizen selepas dia nekad bercerai dengan suaminya iaitu pelakon Farid Kamil selepas setahun mereka rujuk.

size NP 1 - 2024-11-01T115622.177

Diana nekad mahu failkan cerai terhadap Farid.

Susulan itu, ada yang berpandangan kesihatan mental Diana berada dalam keadaan tidak berapa baik, disebabkan itu dia meluahkan banyak perkara di media sosial.

Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu.

Namun mereka memilih kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain