SUSULAN dakwaan sudah bercerai, penyanyi Kaka Azraff memohon orang ramai memberikan sedikit ruang privasi untuk dia dan suami iaitu Adam Azriff melalui ujian itu. Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dia kini mahu memberikan fokus terhadap anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang. "Salam, terima kasih atas keprihatinan semua atas keadaan saya, Adam dan keluarga. Kaka dan Adam mohon ruang untuk beri fokus pada tiga orang anak mereka. "Kami mohon doa semua moga beroleh tenang atas apa yang dilalui. "Kami mohon ruang untuk bersama tiga orang cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian," katanya. Kaka berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat. Dalam pada itu, Kaka memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada beberapa pihak. ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah Kaka Azraff cerai? ARTIKEL BERKAITAN: Kakak meninggal akibat jangkitan kuman dalam otak, Kaka Azraff ambil alih tugas jaga 4 anak saudara "Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respon banyak pertanyaan anda," jelasnya. Pada Isnin lalu, berita mengenai rumah tangga Kaka didakwa bercerai mula tersebar di media sosial. Bagaimanapun penyanyi itu memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut sehingga ke hari ini. Difahamkan, mereka melakukan lafaz cerai berkenaan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor. Kaka kekal berdiam diri dakwaan sudah bercerai. Usaha mStar untuk mendapatkan kepastian tentang berita itu juga tidak berhasil selepas artis berkenaan serta pengurusnya tidak menjawab panggilan dibuat. Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam yang kini berusia 15 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!