suria

Fazley Yaakob rimas lelaki bergelar suami sibuk ‘ceramah’ golongan duda, nasihat jaga isteri masing-masing

Fazley menasihati para suami fokus menjaga rumah tangga masing-masing.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob rimas dengan sikap segelintir lelaki bergelar suami yang sibuk menasihati duda mengenai perkahwinan.

Kata Fazley, 45, sebaiknya mereka itu memberikan tumpuan menjaga rumah tangga masing-masing berbanding mengambil tahu mengenai penceraian pasangan lain.

"Kepada suami-suami yang masih berkahwin, tak perlulah nak memberi nasihat kepada duda-duda lain macam mana nak jaga isteri.

Copy of Untitled - 2024-11-01T134603.426

Fazley berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

"Nasihat saya, jagalah isteri sendiri. Tak perlu jadi Pak Maon nak suruh kuatkan agama, dah macam ustaz skibidi bombom.

"Dan tak perlu jadi penceramah motivasi nak bagi 88 tips rumah tangga bahagia," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fazley menegaskan keputusan bercerai bersama berkas isterinya iaitu Azrene Soraya Abdul Aziz dibuat dengan pertimbangan yang teliti.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 18 tahun Fazley Yaakob dan Azrene Soraya berakhir, sah cerai beberapa bulan lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley masih ucap ‘I love you’ pada bekas isteri, tiada ikatan tetapi tidak putus kasih sayang

Tiada istilah mengikut trend, Fazley percaya kes penceraian yang semakin meningkat dalam kalangan selebriti tempatan hanyalah satu kebetulan.

"Setiap penceraian pasti dah difikir masak-masak dan sampai hangus sebelum buat keputusan.

"Dan menjadi suratan atau kebetulan ramai pula yang berpisah tahun ini. Beri duda-duda ini ruang juga okay," katanya.

553 (32)

Fazley dan Azrene berpisah secara baik sejak beberapa bulan lalu.

Pada 15 Oktober lalu, Fazley mendedahkan dia dan Azrene sudah tidak lagi bergelar suami isteri sejak beberapa bulan lalu.

Meskipun berpisah, kasih sayang Fazley terhadap Azrene tetap utuh malah menyifatkan wanita itu sebagai teman hidup.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2006 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13 serta Alayna Selma, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain