suria

Fiza Sabjahan dilabel tidak cantik sewaktu mula jadi pengacara… Bukan sekadar penampilan, ‘attitude’ pun kena jaga

Fiza pernah dicemuh kerana tidak mempunya paras rupa yang menawan.

PERSONALITI televisyen, Fiza Sabjahan mendedahkan sewaktu di awal kemunculannya sebagai pengacara, dia pernah menerima hinaan kerana dikatakan tidak mempunyai rupa paras menarik.

Fiza atau Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 42, bagaimanapun tidak patah semangat dan mengabaikan segala kata-kata negatif yang dilemparkan itu.

Usaha dan keyakinan itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya meletakkan namanya di tahap ini.

Fiza merupakan pengacara program televisyen Wanita Hari Ini (WHI).

Fiza merupakan pengacara program televisyen Wanita Hari Ini (WHI).

Malah, dia kini menyimpan hasrat untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu sebagai pelapis.

"Masa mula-mula saya menceburkan diri dalam bidang pengacaraan, saya buat program besar. Pada waktu itu ada orang yang merasakan saya tidak cukup cantik untuk mengemudikan program tersebut.

"Tapi ada ramai individu (yang dikenali termasuk bos) yang hari ini berkata kepada saya, kita bekerja kerana bakat. Mereka cakap percaya pada rezeki Allah, satu hari nanti orang nampak bakat kita.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bahalol’ menang besar di ASA2024, Othman Hafsham terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa

ARTIKEL BERKAITAN: ASA2024 perkenal kategori ‘Podcast Terbaik’, kementerian sedang teliti jika pemenang layak terima Dana Kandungan Kreatif

"Jadi saya terus berusaha dan buat kerja cuba jadi sebaik mungkin. Saya berharap dapat melahirkan generasi pelapis yang lebih bagus daripada kami (pengacara) yang sedia ada sekarang ini," katanya kepada mStar.

Fiza bagaimanapun berjaya membuktikan bakat dan kemampuan dirinya apabila dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2024 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fiza berpendapat untuk menjadi seorang personaliti televisyen, mereka perlu mengeluarkan belanja untuk persiapan diri agar lebih berketerampilan menarik.

Saya rasa penting untuk kita ada sedikit 'belanja' untuk kekal relevan dalam industri ini.

FIZA SABJAHAN

PENGACARA

Selain penampilan diri, seorang pengacara juga perlu mempunyai sikap yang baik dan menghormati orang sekeliling untuk kekal lama dalam industri penyiaran.

"Saya rasa penting untuk kita ada sedikit 'belanja' untuk kekal relevan dalam industri ini. Saya kira maintenance itu penting. Tak semestinya mahal, tapi kita perlu untuk letakkan diri kita dalam satu tempat.

"Penampilan itu dilihat secara keseluruhannya termasuk attitude juga. Kalau sentiasa kena menghormati orang lain walaupun ada rakan-rakan yang lain itu lebih muda tetapi perlu juga hormati mereka," ujarnya.

Kongsi Fiza, dia tidak mempunyai sebarang resipi kejayaan namun percaya usaha dalam melakukan yang terbaik dan berani untuk berubah membuatkan dirinya kekal relevan dalam dunia penyiaran.

Fiza dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik di ASA2024.

Fiza dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik di ASA2024.

"Saya tidak ada resipi tertentu untuk berjaya sebagai pengacara tetapi saya percaya dalam kita bekerja asalkan tidak menganiaya orang dan jalankan kerja sebaik mungkin insya-Allah semuanya dipermudahkan.

"Mungkin kita rasa sudah sedikit lama dalam industri tetapi tidak salah untuk kita belajar daripada orang baru kerana zaman sudah berubah.

"Penonton dan generasi juga sudah berubah. Jadi kalau saya nak tackle generasi baru, saya pun kena ubah diri saya juga," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain