MEMULAKAN karier pada tahun 1984, pelakon veteran Kazar Saisi berkata dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara lain bagi menjana pendapatan. Kata Kazar atau Kazaruddin Saisi, 65, sudah empat dekad dia mencari rezeki sebagai anak seni dan itu sahaja punca sumber kewangannya selama ini. "Selama ini memang itu sahaja sumber rezeki saya iaitu dengan berlakon. Kazar sudah 40 tahun menjadi anak seni. "40 tahun dah berlakon dan tiada rasa nak cari cara lain untuk jana pendapatan," katanya kepada mStar. Berkongsi lanjut, Kazar memberitahu dia juga tidak ada rasa keinginan untuk mengikut jejak artis veteran lain dengan berniaga sebagai sumber pendapatan sampingan. Tambah aktor itu, dia bersyukur dengan rezeki yang ada, malah anak-anaknya juga tidak gagal memberikan wang belanja setiap bulan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kazar maafkan netizen kecam dirinya, anggap dugaan hidup... Mahu fokus kejar akhirat bukan hal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Anggap kontroversi melanda anak bukan masalah besar, Kazar mohon semua pihak berdamai "Tak terfikir nak meniaga sebab tiada bakat dalam perniagaan. "Lagipun anak-anak ada juga beri duit untuk belanja," jelasnya. Sementara itu, Kazar berkata dia lebih senang menghabiskan masa di rumah jika tiada tawaran berlakon. Kazar tiada perancangan mahu berniaga seperti artis vateran lain. Malah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu berkata antara aktiviti yang dilakukan adalah berkebun serta melayan cucu-cucunya. "Saya sekarang suka dan banyak duduk di rumah. "Berkebun untuk keluarkan peluh dan luang masa bersama lapan orang cucu," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!