suria

[V] Banyak kali terima tawaran akhirnya Ning Baizura setuju sertai Gegar Vaganza, mahu jadi kenangan terindah buat ibu

SELEPAS sekian kali menerima tawaran menyertai program Gegar Vaganza, penyanyi Ning Baizura akhirnya memberikan kata setuju untuk musim ke-11 (GV11).

Menurut Ning, 49, antara faktor dia terbuka hati menerima tawaran itu adalah kerana mahu memberikan satu kenangan terindah buat ibunya iaitu Satilah Abdullah, 81.

"Dalam keadaan ibu saya yang kini menghidap dimensia dan berusia 80-an, inilah adalah masa terbaik untuk dia melihat kembali anaknya berada di televisyen.

Copy of Untitled - 2024-11-06T181440.484

Ning berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Rabu.

"Dia mungkin dah tak ingat bila kali terakhir saya membuat muncul di televisyen. Sebagai anak saya mahu berikan kenangan indah buat ibu,” katanya kepada mStar.

Nama Ning diumumkan sebagai salah seorang peserta GV11 dalam majis sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Ning lagi, ibunya yang sudah tiga tahun disahkan menghidap penyakit itu teruja untuk hadir sebagai penonton sempena ulang tahun kelahiran pada 1 Disember depan.

Dalam masa sama, Ning berkata pentas GV11 adalah peluang terbaik untuk dia terus memperjuangkan bakat seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11

ARTIKEL BERKAITAN: Exists dan Masdo bergabung atas satu pentas, peminat dua generasi tak sabar nak tonton ‘Konsert Battle Of Time’

"Dalam usia nak masuk 50 tahun ini saya tidak mahu ada lagi ada perkara yang membataskan diri.

"Sebenarnya hampir setiap tahun pihak produksi ajak saya sertai. Mungkin belum terpanggil lagi untuk sertai tahun sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai persembahan di pentas GV11, Ning berkata dia menjadikan setiap tema yang diberikan sebagai satu cabaran buatnya.

"Saya sukakan cabaran. Mungkin inilah masanya untuk peminat melihat sesuatu yang berbeza," jelasnya.

Sebagai anak saya mahu berikan kenangan indah buat ibu.

NING BAIZURA

PENYANYI

Peserta lain yang turut bertanding adalah Liza Aziz, Ronnie Hussein, Reshmonu dan Arrora Salwa.

Selain itu ialah Fairuz Selamat, Illa Sabri, Nai Dinamik dan Zehra Zambri.

Tiga peserta Indonesia yang menyertai pula ialah Dyrda Dadali, Inka Christie dan kumpulam The Lima serta Yazid Lovehunters dari Singapura.

Copy of Untitled - 2024-11-06T180648.411

Ning merupakan antara peserta Gegar Vaganza musim ke-11.

Barisan juri yang bakal terlibat adalah Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara.

Pentas GV11 bakal bermula pada 24 November depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain