BAPA kepada penyanyi Ina Naim iaitu Naim Samijan tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan anaknya kini sudah kembali bergelar seorang isteri. Naim berkata, dia tidak mampu untuk menjaga Ina dan cucu-cucu buat selamanya memandangkan usia semakin meningkat. Justeru itu, dia menerima kehadiran Mohd Khairul Rizal, 41, dengan hati terbuka serta berharap menantunya itu dapat membimbing Ina dan anak-anak dengan baik. "Sebelum ini Ina memang bercerita ada lelaki yang sedang berkenalan dengannya. Saya kata terpulanglah, saya ajak datang ke rumah untuk berkenalan. Naim tidak menghalang Ina untuk bernikah semula. "Saya kata selaku bapa, saya terima dia seadanya asalkan dia dapat jaga anak dan cucu-cucu saya, saya sangat bersyukur kepada Allah. "Saya fikir pun sampai bila saya nak jaga Ina. Saya lihat Khairul pun muda lagi, kalau memang sudah jodoh teruskan sahaja dengan pernikahan ini," katanya kepada mStar. Berkongsi perjalanan sebelum perkahwinan, Naim memberitahu Khairul yang juga merupakan duda anak dua mewakilkan kakaknya untuk datang melamar Ina. Tidak banyak bertanya, Naim memberikan kebebasan untuk Ina membuat keputusan sendiri dan hanya mendoakan yang terbaik buat anaknya itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan duda anak dua ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami datang lamar Ina Naim bawa ‘resume’, banyak persamaan dengan arwah Suhaimi Saad "Sewaktu kakak Khairul datang merisik dan sarungkan cincin, saya pun terperanjat. Kakak dia cakap adiknya (Khairul) berhajat nak jadikan Ina sebagai isteri. "Sebagai bapa saya mampu ucap Alhamdulillah sahaja. "Saya ada beritahu kepada Ina, pilihan di tangan dia sendiri. Selaku ayah, hanya sentiasa berdoa agar dia bahagia dan dapat jaga anak-anak," ujarnya. Saya fikir pun sampai bila saya nak jaga Ina. Saya lihat Khairul pun muda lagi. NAIM SAMIJAN BAPA INA NAIM Dalam pada itu, Naim turut menitipkan pesanan kepada Ina supaya menjadi isteri solehah dan mampu menjaga suami serta anak-anak dengan baik. "Saya mendoakan agar Ina dapat menjaga suami dan anak-anak dengan baik. Berilah didikan yang baik kepada anak-anak. "Saya sentiasa doakan untuk kebahagiaan anak dan cucu-cucu," katanya. Ina dan Khairul (kiri) selamat bergelar suami dan isteri pada pagi Jumaat. Pada pagi Jumaat, Ina, 40, dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor. Pengantin lelaki yang merupakan duda dua anak itu menyerahkan mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang emas serta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran. Sebelum ini, Ina pernah mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phryosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Suhaimi kemudiannya meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube