PENYANYI Ina Naim kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, dengan sekali lafaz pada pukul 9.50 pagi Jumaat. Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohammad Ramadhan Mahroji berwakil walikan bapa Ina iaitu Naim Samijan. Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di kampung halaman Ina di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor. Ina menangis sebak di majlis pernikahannya. Pengantin lelaki yang juga merupakan duda anak dua dan bekerja sebagai jurutera itu menyerahkan mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang emas serta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran. Manakala, wang hantaran pula sebanyak RM7,000. Sementara itu, pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Ina Naim dedah sebab mahu kahwin, perlu suami untuk bimbing anak-anak... “Saya tak boleh menjanda lama-lama” ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan akhir Suhaimi Saad buat Ina Naim kuat, isteri bukan nombor satu disayangi Majlis pernikahan itu berlangsung secara sederhana dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat. Persandingan kedua-dua pasangan ini diadakan selepas selesai majlis akad nikah berkenaan. Untuk rekod, Ina, 40, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi iaitu pada 12 Oktober 2007. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Suhaimi, 44, meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi. Ina antara individu yang berjaya mencetus simpati masyarakat Malaysia suatu ketika dahulu selepas putus tunang dengan Juara Akademi Fantasia musim ketiga iaitu Mawi pada 2006. Namun begitu kedua-dua mereka berjaya membawa haluan sendiri dengan baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!