suria

[V] Fasha Sandha takut dengar rakan artis cerai, Aidil Aziz pula anggap setiap ujian ada hikmah

PENCERAIAN beberapa pasangan artis tahun ini memberikan impak negatif terhadap industri hiburan sehingga ada yang berpendapat ia seolah-olah menjadi trend dalam kalangan selebriti.

Bimbang melihat situasi berkenaan, pelakon Fasha Sandha berkata dia dan suami iaitu aktor Aidil Aziz sentiasa bertawakal kepada Allah dan berusaha sedaya upaya menjaga hubungan rumah tangga mereka itu.

Malah Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, enggan memberikan sebarang reaksi berhubung penceraian rakan artis lain, sebaliknya memilih mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Betul menakutkan, tapi semua itu perancangan Tuhan dan kita cuba sedaya upaya jaga rumah tangga kita.

fasha1 - 1

Fasha dan Aidil (kiri) berusaha menjaga hubungan rumah tangga mereka.

"Saya tak nak komen tentang hal cerai ni, malah saya dan Aidil pun tak bercakap fasal hal tersebut.

"Apa yang saya boleh kata, kami mendoakan yang baik-baik buat semua orang,” katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke-10 anaknya iaitu Putri Raysha Jemyma yang diadakan di Popkidspool, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Aidil pula mengakui berita penceraian artis pada tahun ini sangat mengejutkan dan ada dalam kalangan mereka merupakan rakan rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha sentiasa utamakan Aidil, kongsi tip rumah tangga... “Apabila jadi isteri, kita dibawah suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tolak naskhah bagus, Fasha Sandha tangguh rancangan untuk hamil

Namun dalam hal ini, Aidil berpendapat setiap ujian yang melanda pasangan bercerai itu ada hikmahnya tersendiri.

"Secara jujurnya memang terkejut... ada artis yang kami kenal dan rapat tapi kami doakan yang terbaik saja.

Betul menakutkan, tapi semua itu perancangan Tuhan dan kita cuba sedaya upaya jaga rumah tangga kita.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Sebab setiap ujian berat Allah beri itu pasti ada hikmahnya," ujarnya.

Berkongsi mengenai tips menjaga hubungan rumah tangga, pelakon filem Harimau Malaya The Untold Story ini memberitahu pentingnya komunikasi dan pasangan harus menerima baik dan buruk masing-masing.

"Komunikasi itu penting dan kami juga menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing sebab tiada manusia yang sempurna.

fasha2 - 1

Aidil dan Fasha menyifatkan setiap pasangan perlu mempunyai komunikasi yang baik.

"Allah jadikan manusia itu berbeza-beza sifatnya yang penting kena berlapang dada untuk setiap masalah yang perlu dihadapi insya-Allah,” jelasnya.

Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata aitu Putra Rayfal Ramli, 12, dan Putri Raysha Jemyma, 10 tahun.

Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain