suria

Reda soal zuriat, Janna Nick cuma kongsi perjalanan mahu dapat anak... Menangis senyap-senyap sebab datang ‘period’

Janna mahu membawa diri.

SELEPAS berkongsi luahan rasa sedih kerana sering disoal mengenai cahaya mata, pelakon Janna Nick dan suami iaitu Dini Schatzmann dilihat memilih untuk bertenang seketika dengan bercuti di luar negara.

Menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, memberitahu pengikutnya dia bakal terbang membawa diri dan meminta mereka meneka lokasi percutiannya itu.

"Bawa diri sebentar, tekalah nak pergi mana?" tulisnya

Untitled design (3)

Janna reda dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Dalam pada itu, Janna yang juga pengacara program Famili Duo 4 (FD4) turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat atas perkongsiannya sebelum ini.

Kata Janna, dia berada dalam keadaan baik meskipun berdepan dengan cabaran kesihatan mental yang tidak menentu.

"Terima kasih semua atas doa dan kata-kata yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick menangis suami dituduh bermasalah, sudah usaha hamil sampai minta Nabila Razali ‘pijak’ kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick tunduk kemahuan suami, Dini Schatzman buat rawatan ‘eyelash lifting’

"Menangis itu biasa bagi semua yang sedang berusaha mendapatkan zuriat," katanya.

Sementara itu, Janna mendedahkan dia pernah mengalami situasi 'breakdown' yang lebih teruk sebelum ini ketika melalui proses ini.

"Nangis senyap-senyap dalam tandas selepas dapat tahu saya datang bulan.

"Nangis senyap-senyap sebab tak mahu suami saya sedih juga," ujarnya.

Untitled design (4)

Janna berterima kasih kepada peminat kerana memberi sokongan.

Dalam pada itu, Janna berkata dia reda dan berserah dengan rezeki dikurniakan Allah SWT.

"Ini lumrah semua yang berusaha untuk mendapatkan anak. Reda, bukan tak reda.

"Tetap percaya dan bersangka baik dengan Allah SWT," katanya.

Untuk rekod, Janna dan Dini Azan Schatzmann mendirikan rumah tangga pada 10 Jun tahun lalu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain