suria

Arrora Salwa sanggup ambil cuti tanpa gaji selama 4 bulan demi GV11, peluang kembali menyinar sebagai penyanyi

Arrora cuti tanpa gaji empat bulan demi GV11.

PENYANYI Arrora Salwa sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan daripada pekerjaannya sebagai pramugari di Malaysia Airlines demi menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Kata Salwa, 39, dia terlalu merindui dunia nyanyian dan tidak sabar untuk kembali beraksi di pentas besar.

"Secara jujur, saya rindu sangat nak menyanyi. Dah lama tak muncul dan membuat persembahan di atas pentas yang besar.

Untitled design (15)

Arrora dibimbing guru vokal yang berdisiplin iaitu Idayu.

"Jadi bila dapat tawaran untuk sertai Gegar Vaganza 11, saya rasa ini peluang yang sangat besar,” katanya kepada mStar.

Menurut Salwa, keputusan untuk meninggalkan pekerjaan tetap walaupun sementara bukanlah mudah, namun dia nekad membuat keputusan itu demi minatnya terhadap dunia muzik.

"Saya sanggup cuti tanpa gaji kerana ini peluang yang tak boleh dilepaskan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Arrora melihat program GV11 adalah peluang untuk kembali ke dunia nyanyian dan peluang untuk membuktikan kemampuannya kepada semua orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terima tawaran akhirnya Ning Baizura setuju sertai Gegar Vaganza, mahu jadi kenangan terindah buat ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11

Dengan bimbingan guru vokal iaitu penyanyi Idayu, dia kini lebih yakin dan bersedia mengasah bakatnya yang sudah terpendam lama.

"Bila saya dapat peluang ini. Kenapa tidak saya kembali semula dalam dunia nyanyian dan tunjukkan kepada semua orang apa yang saya saya mampu lakukan.

"Kalau macam dulu, saya tidak tahu apa-apa. Vokal saya perlu diasah lagi.

"Sekarang, Alhamdulillah, saya dapat guru yang sangat bertanggungjawab dan berdisiplin. Saya belajar dengan Idayu sekarang," katanya,

Untitled design (14)

Para peserta program Gegar Vaganza musim ke-11.

Peserta lain yang turut bertanding di GV11 ialah Liza Aziz, Ronnie Hussein, Reshmonu dan Ning Baizura.

Selain itu ialah Fairuz Selamat, Illa Sabri, Nai Dinamik dan Zehra Zambri.

Tiga peserta Indonesia yang menyertai GV11 ialah Dyrda Dadali, Inka Christie dan kumpulan The Lima serta Yazid Lovehunters dari Singapura.

Pentas GV11 bakal bermula pada 24 November.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain