suria

[V] Sedih arwah ibu tak sempat lihat Ronnie Hussein di pentas GV11, akui sukar nyanyikan lagu baharu

KEHILANGAN ibu tercinta pada 26 Oktober lalu meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi Ronnie Hussein.

Masih berduka dengan berita pemergian itu, Ronnie atau Shahron Hussein, 43, berkata dia berasa agak sukar untuk menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Benar Aku Cinta yang baru sahaja dilancarkan pada 29 Oktober lalu.

"Lagu itu dicipta memang tiada kaitan dengan kisah hidup saya. Tetapi selepas pemergian ibu ia secara tidak langsung memberi makna sama dengan apa yang sedang saya lalui.

ronnie 2

Ronnie mahu banggakan arwah ibunya di pentas GV11.

"Lagu itu berkaitan dengan kehilangan orang tersayang. Jadi saya tidak tahu boleh atau tidak membawakannya dalam masa terdekat ini.

"Namun kita sentiasa kena percaya pada ketentuan. Apa yang terjadi pasti ada hikmah," katanya kepada mStar.

Ronnie berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan barisan peserta program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terima tawaran akhirnya Ning Baizura setuju sertai Gegar Vaganza, mahu jadi kenangan terindah buat ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11

Ibu Ronnie iaitu Allahyarham Che Nah Jaafar menghembuskan nafas terakhir pada 26 Oktober lalu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu akibat sesak nafas.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Menurut Ronnie, dia sempat memberitahu ibunya mengenai penyertaan dalam GV11, namun sayang Allahyarham tidak sempat untuk menyaksikan persembahannya dalam program ini.

Saya sudah kehilangan ibu dan ayah. Jadi saya ambil semangat mereka untuk buktikan sokongan yang telah diberikan selama ini

RONNIE HUSSEIN

PENYANYI

"Beberapa hari sebelum meninggal dunia ketika di hospital, saya ada bercerita kepada arwah tentang penyertaan dalam GV11 ini. Dia percaya saya boleh buat sesuatu yang membanggakannya. Sebab itu saya sahut cabaran ini.

"Jika arwah masih hidup dan saya berjaya ke pentas akhir, saya akan paksa arwah datang meskipun dia tidak suka berjalan jauh.

"Saya sudah kehilangan ibu dan ayah. Jadi saya ambil semangat mereka untuk buktikan sokongan yang telah diberikan selama ini," ujarnya.

gv 11

Ronnie antara peserta GV11.

Sementara itu bercakap tentang persiapan minggu pertama konsert GV11 yang bakal berlangsung pada 24 November ini, Ronnie mengakui gementar meskipun dia sering terlibat dengan persembahan pentas.

"Perasaan saya gembira dan gementar. Kena fikir untuk berikan kelainan dalam peersembahan pada setiap minggu setiap tema berbeza dan ia bukan lagu saya.

"Saya juga sudah bertanyakan pengalaman yang pernah sertai GV dan mereka kata ini bukan pertandingan mudah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan