PENYANYI Luqman Faiz meluahkan rasa bengang apabila ada pihak berkongsi videonya di media sosial sehingga menjadi bahan bualan golongan lelaki homoseksual. Menegaskan dirinya tulen dan bukan lelaki songsang, Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 24, meminta agar namanya tidak dilibatkan dalam aktiviti tidak bermoral itu. "Aku straight. Anda semua yang kongsi gambar saya ketika di gim, saya tidak halalkan. Luqman tegaskan dirinya tidak terlibat dengan golongan seks sejenis. "Anda semua boleh dengan komuniti dan mengurat sesama sendiri, tetapi saya bukan sebahagian daripada itu," ujarnya. Luqman berkongsi luahan tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok pada Rabu. Kenyataan Luqman itu susulan rakaman video dia melakukan aktiviti senaman di gimnasium dikongsi semula oleh banyak akaun di aplikasi X atau Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah lama tak nampak, rupanya Luqman Faiz sibuk belajar... Rasa ‘awkward’ hadir majlis hiburan ARTIKEL BERKAITAN: Hampir seminggu tak lalu makan, rupanya Luqman Faiz kena deman denggi Video berkenaan mencuri tumpuan ramai namun apa yang membuatkan Luqman kecewa adalah komen-komen berahi yang diterima oleh golongan lelaki. Malah penyanyi ini juga mengakui dia turut menerima gambar-gambar tidak senonoh daripada pengikut di laman sosial yang sengaja mahu mendekatinya. "Jangan kacau aku! Ada yang kirim gambar dan komen yang entah apa-apa. Mak aku lahirkan aku elok sahaja," tegasnya. Pada hujung rakaman video berkenaan, Luqman jelas dilihat begitu marah dengan situasi yang sedang berlaku itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!