LUAHAN Fattah Amin mengenai kerinduan terhadap anaknya menyentuh hati netizen dan peminat. Menerusi satu perkongsian di Instastory, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata dia sentiasa memikirkan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. "Saya memikirkan tentang kamu setiap hari, dan malam amat sukar kerana kamu tiada di sisi saya. Fattah setiap hari memikirkan tentang anaknya Fatima. "Anak perempuanku yang tersayang, ayah rindukan kamu," tulisnya. Difahamkan sejak berpisah dengan pelakon Fazura, Fattah dilaporkan tidak lagi tinggal bersama anak perempuannya itu. Pada 21 Oktober lalu, pelakon filem Mat Kilau ini ada berkongsi momen dia meluangkan masa bersama Fatima. ARTIKEL BERKAITAN: Bell Ngasri usik Fattah Amin, minta menyanyi tapi jangan guna mikrofon takut kena kecam ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rezeki Fattah Amin melimpah ruah sejak bercerai, berat badan turun 3 kilogram sebab sibuk kerja Untuk rekod, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!