suria

Aliff Syukri puji suara Fazura unik, siap ajak duet yakin lagu dapat sambutan

Aliff mempelawa Fazura (kiri) untuk merakamkan lagu duet bersama.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mempelawa pelakon Fazura untuk berduet bersama selepas mendengar nyanyian aktres berkenaan di sebuah program televisyen Indonesia.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, memuji kelunakan suara Fazura dan menyifatkan bakat yang dimiliki pelakon tersebut boleh membuatkan dia terkenal di serata dunia.

Malah Aliff yakin sekiranya mereka menyanyikan lagu bersama pasti akan mendapat sambutan ramai.

553

Nyanyian Fazura sebelum ini menerima kecaman ramai.

"Okay, boleh tahanlah suara awak sedap sangat Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya bakat awak lebih terserlah.

"Kita akan meletup bersama. Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan di Malaysia malah di serata dunia. Jom kita tunjukkan bakat kita bersama-sama," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Fazura beri kesan kepada industri muzik, Masdo nasihat siapkan diri sebelum buat persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘live’ Fazura kena kecam, Abby Abadi pula kata okay!

Dalam pada itu, Aliff memberitahu Fazura memiliki suara yang unik dan melihat tidak ada sebarang kekurangan dengan vokal pelakon filem Gol & Gincu itu.

"Syabas suara awak (Fazura) unik dan sedap. Bagi saya suara itu adalah universal. Sedap sahaja saya dengar.

"Insya-Allah Fazura boleh pergi jauh. Siapa setuju sila komen. Lagu raya tahun ini mungkinkah?" ujarnya.

553 (1)

Aliff yakin nyanyian duet bersama Fazura bakal mendapat sambutan ramai.

Pada Selasa lalu, Fazura membuat penampilan sulung selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktover lalu dalam sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Dalam program berkenaan, Fazura mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Bagaimanapun percubaan Fazura menyanyikan lagu tersebut secara solo membuatkan ramai netizen memberikan komen berbentuk nasihat agar aktres itu kembali memikirkan tentang kariernya dalam bidang nyanyian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan