NIAT mahu menghubungkan pendengar dari dua generasi berbeza dengan gaya nyanyian dan emosi lebih matang antara punca penyanyi Ezad Lazim merakamkan semula lagu Rindu Hatiku Rindu. Ezad atau Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim, 45, berkata, walaupun versi asal nyanyian penyanyi cilik Tantari sudah cukup popular namun mahu membawa lagu tersebut merentasi usia dan generasi. "Versi asal lagu Rindu Hatiku Rindu mendapat sambutan hebat ramai pendengar. Ezad merupakan vokalis utama kumpulan Exists. "Saya berharap rakaman semula lagu ini akan dapat melebarkan lagi kelompok pendengar lagu hebat ini," katanya. Dalam pada itu, Ezad memberitahu elemen asal lagu tersebut masih dikekalkan dengan menyesuaikan dengan vokalnya yang lebih matang. Penyesuaian susunan muzik dan vokal membuatkan dia yakin versi baharu ini mampu memberi sentuhan relevan dengan cita rasa pendengar masa kini. "Proses rakaman semula lagu ini dilakukan dengan penuh teliti di mana saya bekerja rapat bersama penerbit untuk memastikan elemen asal lagu ini terpelihara" katanya. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rindu Hatiku Rindu’ trending nombor satu, nama penyanyi cilik Tantari mula dikenali ramai... “Suara unik berjiwa rock” ARTIKEL BERKAITAN: 4 hari menjelang konsert, Ezad Lazim diuji masalah sinus... Bimbang kecewakan peminat Untuk rekod, lagu Rindu Hatiku Rindu nyanyian Tantari atau Naufal Azahel Mohd Alfian, 6 tahun dilancarkan pada 15 Februari lalu dan sehingga kini mencapai sembilan juta tontonan di YouTube. Manakala versi Ezad dilancarkan sejak 18 September lalu dan ia turut mencipta kejayaan tersendiri apabila mencapai kedudukan Top 21 trending di YouTube. Ezad turut mencatat banyak kejayaan sebagai penyanyi solo menerusi lagu-lagu hits yang menjadi siulan ramai. Antaranya lagu Demi Cinta dan Percintaan Ini yang mencapai tontonan sebanyak 14 juta dan 5.2 juta tontonan di platform sama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!