suria

Jatuh dalam bilik air, tulang bahagian leher Mak Engku patah

Mak Engku sudah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selama 10 hari.

PELAKON veteran Ku Fridah Ku Shafie mengalami kecederaan patah tulang pada bahagian belakang leher selepas terjatuh dalam bilik air, awal bulan lalu.

Sahabatnya yang juga aktres Sharifah Shahora memaklumkan Ku Fridah atau lebih mesra disapa Mak Engku, 72, masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak 10 hari lepas.

"Dia patah tulang pada bahagian leher sebab jatuh semasa berada di dalam tandas tapi mujurlah ada orang di rumah waktu itu.

size NP 1 - 2024-11-18T191142.940

Ku Fridah gembira apabila rakan industri hadir melawatnya di hospital.

"Cuma buat masa ini dia tak boleh nak baring, cuma kena bersandar.

"Sekarang doktor sedang cuba macam-macam rawatan dan katanya pada minggu hadapan nak ambil tulang sum-sum bagi rawat bahagian leher tersebut," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sementara itu, Shahora berkata dia baru berkesempatan melawat dan bertanyakan perkembangan terkini aktres berkenaan.

"Sebenarnya sudah 10 hari Mak Engku berada di hospital dan saya pun baru tahu tiga hari lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama Mak Engku dimasukkan ke ICU

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah kesihatan, Mak Engku tarik diri episod 9 drama 'Curi-Curi Cinta'

"Tapi sebab ada urusan di luar kawasan, baru hari ini dapat melawat," jelasnya.

Sebelum itu, menerusi Instagram Shahora berkongsi foto dia melawat Mak Engku bersama pelakon Datin Nina Juren dan penerbit Hadith Omar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut namun mendoakan Ku Fridah diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Malah rakan artis juga turut mendoakan perkara sama antaranya Jue Aziz, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin, Sweet Qismina dan Mona Allen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain