KATA-KATA nasihat penyampai radio Sharifah Shahirah menjadi pembakar semangat buat pelakon Zulin Aziz untuk menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) yang berakhir pada malam Ahad. Menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, pembabitannya dalam program lawak itu juga menjadi tanda dia kembali aktif dalam bidang seni selepas agak lama menyepi. "Pada awalnya saya tolak untuk terlibat dalam MLS4, namun kata Shiera (Shahirah) telah membuka mata saya. Dia ada bertanya kenapa saya 'tidur' telalu lama dan tak muncul semula sehinggakan industri ini perlu ambil orang luar sebagai pengacara. Zulin bersama kumpulan Zuara di pentas MLS4. "Dia sebenarnya yang memberi semangat kepada saya. Jadi penyertaan dalam MLS4 ini adalah satu keputusan tepat. "Ini juga menjadi satu titik tolak untuk saya kembali aktif semula dalam industri," katanya kepada mStar. Untuk pentas akhir MLS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Zulin bersama kumpulannya iaitu Zuara terpaksa berpuas hati sekadar menduduki tempat kelima dengan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000. ARTIKEL BERKAITAN: Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 ARTIKEL BERKAITAN: [V] Acap S tetap buat ‘live’ di TikTok selepas menang MLS4, tak terfikir pindah KL sebab mahu jaga ibu Bagaimanapun pencapaiannya secara individu sepanjang sembilan minggu pertandingan mendapat perhatian juri sehingga dia diberi Anugerah Superstar Paling Gempak. Bercakap lanjut, Zulin akui bimbang sekiranya generasi masa kini sukar untuk menerima kehadirannya. Dia dalam masa sama memberitahu sudah mendapat keizinan suami iaitu Farhan Norzaini untuk terus mengatur langkah dalam dunia seni seperti masa sebelum ini. Penyertaan dalam MLS4 ini adalah satu keputusan tepat ZULIN AZIZ PELAKON "Sebenarnya saya rasa tak boleh nak buat comeback sebab menganggap peminat sekarang sudah tidak boleh terima kehadiran saya. Banyak yang perlu saya belajar supaya tidak ketinggalan. "Untuk menyertai MLS4 pun, saya minta izin suami. Dia juga memberi galakan penuh untuk saya kembali aktif," ujarnya. Sementara itu bagi Farhan, dia juga sentiasa memberi sokongan penuh untuk Zulin terus memperjuangkan bakatnya. Suami beri sokongan penuh untuk Zulin kembali aktif. Malah dia juga amat memahami tuntutan kerja dalam dunia seni dan sedia berdepan dengan kesibukan jadual Zulin. "Saya tidak menetapkan sebarang syarat untuk dia kembali aktif sebab sejak awal perkenalan Zulin sudah bergelar artis. "Cuma saya harap dia tahu menjaga batas dan bijak seimbangkang jadual kerja dengan peribadi," jelasnya. Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube