suria

Tiga tahun simpan rambut panjang, Aretoy tunai nazar botak kepala di pentas akhir MLS4

Penampilan terbaharu Aretoy menjadi kejutan buat peminat.

ANGGOTA kumpulan Padie iaitu Aretoy melunaskan nazarnya memotong rambut di pentas akhir program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.

Penampilan Aretoy yang membawa karakter penyanyi Datuk Amy Search dengan imej botak mengejutkan penonton pada segmen kedua program tersebut.

Katanya, dia bergegas untuk mencukur rambut selepas tamat tugasan pertama sebelum kembali ke pentas bersama dua lagi anggota pada iaitu Fad Bocey dan Namie.

aretoy 2

Aretoy tampil membawa karakter penyanyi Datuk Amy Search.

"Saya potong rambut selepas habis persembahan pertama. Sebenarnya saya ada simpan niat jika masuk final akan potong rambut.

"Alang-alang sudah potong, rasanya lebih baik botak. Ini satu pengorbanan dan syukur ada rezeki dalam niat ini," katanya.

Aretoy bersama kumpulan pada berjaya bergelar naib juara di pentas akhir MLS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang hadiah wang tunai RM150,000

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah antara peserta Muzikal Lawak Superstar 4, Anna Jobling pula duduk di kerusi juri

Bercerita detik membotakkan kepala itu, dia bergegas mengasingkan diri untuk melakukan persiapan dan mendapat bantuan seorang rakan yang juga merupakan tukang gunting rambut profesional.

Tambahnya dia sudah tiga tahun menyimpan rambut panjang dan imej itu cukup dikenali dalam kalangan pengikut media sosial.

"Rambut panjang itu saya sudah simpan selama tiga tahun dan saya panggil kawan saya datang, dia memang tukang gunting rambut.

Ini satu pengorbanan dan syukur ada rezeki dalam niat ini

ARETOY

KUMPULAN PADIE

"Dia bantu untuk saya mendapatkan potongan kemas dan berjaya dilakukan dalam tempoh masa singkat," ujarnya.

Sementara itu, Fad memberitahu dia menghormati niat rakannya itu dan memberi ruang untuk Aretoy melakukan persiapan tanpa diganggu.

Malah dia turut meluahkan rasa terharu apabila Aretoy sanggup melakukan sesuatu untuk memberi kelainan dalam persembahan mereka.

aretoy 3

Kumpulan Padie menyandang gelaran naib juara MLS4.

"Lepas segmen pertama dia terus berlari untuk siapkan rambut dahulu. Saya dan Namie tidak mahu ganggu dan enggan beri tekanan kepada dia. Jadi kami biarkan Aretoy botakkan kepala.

"Kami tahu dia memang dah pasang niat nak potong rambut. Bila dia kata mahu pendekkan rambut kami juga merancang untuk dia bawakan karakter Amy Search.

"Dia sanggup berkorban untuk pentas MLS4," jelasnya.

Dalam segmen kedua, Padie turut membawa pelawak dan penyampai radio Johan sebagai artis undangan dengan tema lokasi fiesta dan lagu kegemaran.

Kumpulan Padie membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 selaku naib juara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain