RASA simpati terhadap kesakitan yang ditanggung bekas suami membuka pintu hati pelakon Kiah Propa untuk kembali berumah tangga pada Sabtu lalu. Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, 45, berkata dia bertindak melamar suaminya Mohamad Nazri Ismail, 57, selepas lelaki itu didiagnos kanser leher sejak seminggu lalu. "Selama lapan tahun ini dia ajak saya untuk kembali bersama tapi saya tidak mahu bukan kerana saya bencikan dia tapi selesa hidup bersendirian. Kiah terima mas kahwin sebanyak RM300. "Tapi selepas dia disahkan kanser tempoh hari saya lamar dia kembali dan segala persiapan dilakukan dalam masa seminggu. "Hubungan kami baik selama ini, dia juga membantu saya berniaga ke mana-mana. Dia ada ketika susah senang saya. Tak akan saya nak biar dia tanggung kesakitan seorang diri," katanya ketika dihubungi mStar. Menurut Kiah, keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan fitnah serta memudahkan dirinya bersentuhan tanpa memikirkan dosa ketika menguruskan suaminya. ARTIKEL BERKAITAN: “Jadi nenek dah aku” - Sharifah Shahirah bakal timang cucu pertama, pesan anak bersalin di Kuantan ARTIKEL BERKAITAN: Aida Aris diam bukan sebab takut, ingat pesan ibu suruh sabar jika berdepan ujian Malah selepas kembali bergelar isteri, dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesembuhan suaminya yang perlu melalui pelbagai proses rawatan. "Kalau dalam darurat bolehlah pegang sekali dua, tapi tak akan nak pegang selalu kalau kerap sakit tentu rasa tak selesa. "Sebelum ini dia datang ke rumah sekejap-sekejap itu biasa tapi kalau sakit dia duduk di rumah saya tentu undang fitnah. Anak-anak kami paling gembira sehingga mereka tidak percaya kami sudah bersatu. KIAH PROPA PELAKON "Selepas ini pun saya nak fokus kepada rawatan dia, banyak prosedur lagi perlu dia lalui," jelasnya. Kongsi Kiah, dua anaknya menjadi insan yang paling gembira memandangkan selama ini melihat ibu bapanya hidup terpisah. "Anak-anak kami paling gembira sehingga mereka tidak percaya kami sudah bersatu. Mereka minta saya dan suami berpegang tangan dan mencium pipi untuk membuktikan perkara itu," kongsinya. Kiah dan suami bersama dua orang anak perempuan mereka. Terdahulu, Kiah berkongsi di media sosial miliknya yang memaparkan dia bersama Nazri sedondon berbaju rona putih. Majlis sederhana itu diadakan di rumahnya di Rawang, Selangor turut dihadiri keluarga dan rakan rapat. Untuk rekod, Kiah dan Nazri berkahwin pada 2011 namun berpisah selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!