KUMPULAN Sarkas muncul sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad. Persembahan komedi kreatif dan menghiburkan yang dipersembahkan bukan sahaja menambat hati juri malah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000. Sarkas yang dianggotai oleh Danial Zaini, Acap S dan Shashic menganggap kemenangan tersebut bukti komedi di Malaysia masih bersinar. Sarkas berjaya pikat hati juri dan penonton. “Beri kami peluang untuk buktikan komedi di Malaysia akan terus bersinar,” ujar mereka ketika menerima hadiah kemenangan. Sementara itu, tempat kedua pula milik kumpulan Padie yang dianggotai oleh Fad Bocey, Namie dan Aretoymenerima hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Putehh yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah antara peserta Muzikal Lawak Superstar 4, Anna Jobling pula duduk di kerusi juri ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling mudah terhibur, tak ambil pusing ada pihak pertikai jadi juri ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ Putehh dianggotai oleh Ali Puteh, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak. Sementara itu, Zulin Aziz daripada kumpulan Zuara terpilih sebagai pemenang Anugerah Superstar Paling Gempak. Kesemua persembahan peserta pada malam final itu diadili oleh Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling. Kumpulan Putehh dari kiri Man, Aya dan Ali. Manakala Datuk AC Mizal pula bertindak sebagai hos sepanjang sembilan minggu program berlangsung. Kumpulan lain yang turut bersaing di pentas akhir MLS4 adalah Zuara dan Deroyan. MLS4 akhir yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB dekat Cheras, Kuala Lumpur turut disiarkan di Astro Warna. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!