suria

Tak sabar nak beli barangan bayi, Nabila Razali bakal timang anak lelaki

Nabila dan suami kongsi kegembiraan bakal sambut anak lelaki.

MENJELANG kelahiran anak pertama, penyanyi Nabila Razali berkongsi khabar gembira bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.

Perkara tersebut diumumkan dalam majlis gender reveal yang diadakan di kediamannya di Rawang, Selangor pada Sabtu.

"Alhamdulillah, dah tahu gender baby. Tak nak sabar nak shopping barang bayi," katanya.

nabila 3

Nabila dijangka bersalin awal tahun hadapan.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi video berkenaan dia bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani, 39, dilihat meletupkan belon sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi mereka kepada tetamu yang hadir.

Belon kecil berwarna biru menjadi tanda pasangan ini bakal mendapat anak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali hamil anak pertama, dijangka bersalin Januari 2025

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali jadi berani sejak mengandung, suka tengok cerita hantu... Lebih tertarik warna merah

Dalam masa sama Nabila sempat berseloroh kepada pengikut di media sosial untuk mendapatkan hadiah buat bayi mereka nanti.

"Sekarang sudah tahu gender, bolehlah sediakan hadiah untuk baby pula," ujarnya.

Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan.

Untuk rekod Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri pada 18 November 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain