ENGGAN berdiam diri lagi, isteri kepada pelawak Shuib akhirnya bersuara mengenai dakwaan kononnya kos perbelanjaan ke Makkah baru-baru ini menggunakan wang syarikat iaitu Bubblebee Sdn Bhd. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya menjelaskan semua kos perbelanjaan mengerjakan umrah bersama keluarga pada awal November lalu ditanggung olehnya. "Mummy (panggilan Wati) terpanggil hari ini untuk buat penjelasan sebab nampaknya ramai yang sudah terbuat fitnah tanpa sedar. Watie akhirnya dedahkan segalanya selepas teruk difitnah. "Walaupun sebenarnya benda ini tak perlu pun tapi Mummy harap semoga kita dapat mengurangkan dosa sesama kita. "Soal bersedekah dan pahala ini memang seeloknya dibuat dalam diam tapi nampaknya bila didiamkan, makin banyak yang dah tersalah anggap. "Alhamdulillah berkat menjaga anak-anak yatim, rezeki yang Allah bagi pada Mummy dapat Mummy kongsi dengan suami dan anak-anak," katanya. Wati berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Watie tunai puasa sunat, mohon Allah mudahkan urusan Shuib di mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh seleweng wang syarikat, isteri dedah Shuib guna simpanan sendiri bayar gaji pekerja Menerusi hantaran tersebut, Wati juga memuat naik video memaparkan seorang lelaki menuduhnya bersenang-senang selepas menyalahgunakan wang syarikat. Dalam pada itu, Watie mengakui kesihatan mentalnya terganggu disebabkan tuduhan tidak berasas orang ramai terhadap dia dan suami. Watie juga berharap orang ramai tidak lagi membuat perbandingan tentang kehidupannya dengan Allahyarham isteri Shuib iaitu Siti Sarah Raisuddin. "Mummy rasa ramai saja isteri yang sanggup berhabis untuk kebahagiaan rumah tangga. Mummy pun ada anak-anak yang perlu diberi perhatian. WATIE ISTERI SHUIB "Dengan isu menimpa suami Mummy, Mummy harap tak ada kaitkan soal gaya hidup Mummy dan bandingkan hidup ketika bersama arwah. "Tak dinafikan sedikit sebanyak ianya mengganggu kesihatan mental Mummy dan Mummy pun ada hati dan perasaan. "Mummy pun ada anak-anak yang perlu diberi perhatian. Insya-Allah harta arwah elok tersimpan rapi untuk anak-anak. Harapnya sama-samalah kita menjaga kata-kata," kongsinya. Pada 11 November lalu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor. Watie dan Shuib menunaikan umrah bersama tiga orang anaknya. Shuib dan Choo Guan, 33, sebelum itu mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Perkeso tahun lalu. Dalam kes berlainan, Shuib dan Kho Choon Guan berdepan enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta pada tahun lalu. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu. Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor pada Khamis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!