MEMILIKI raut wajah yang agak feminin membuatkan segelintir netizen menyangka personaliti media sosial Agy ingin mengubah identiti menjadi seorang wanita. Tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan melanggar fitrah itu, Agy atau Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, berkata, isu ini menjadi bualan mungkin disebakan penampilan rambut panjang yang digayakan. "Perkara ini timbul kerana saya berambut pendek sebelum ini dan sekarang saya berambut panjang. Agy mengaku masih lagi seorang lelaki. "Bila berambut panjang saya nampak lebih ke arah feminin. Kalau lihat wajah saya ke arah androgini dan saya tak ubah pun. "Mungkin disebabkan muka saya kelihatan seperti perempuan, ada orang yang keliru tetapi jujur saya tidak ada niat ingin menjadi perempuan," katanya kepada mStar. Agy berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis pelancaran muzik video 'Uno Dos Tres' yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Ikut trend ‘Alamak Raya Lagi’, TikToker Agy sentap dikecam terkinja-kinja menari... Niat kongsi hubungan rapat keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya pun ‘follow’ trend, Agy tak sangka video pose persis model jadi ikutan ramai Menurut Agy, dia tidak ambil hati dengan tuduhan dilemparkan namun perkara itu telah mengecilkan hati ibu bapanya. Justeru itu, dia berharap agar orang ramai dapat menerima dirinya seadanya dan tidak menuduhnya melakukan perkara bukan-bukan. "Saya tidak terasa dengan kata-kata itu cuma ia membuatkan ibu bapa saya terasa. Takkan la saya perlu bedah wajah dan letak jambang agar nampak seperti lelaki? AGY PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Saya sudah nak masuk 30 tahun, tak akan saya baru nak jadi pondan! Harap orang ramai boleh terima saya seadanya. "Takkan la sampai saya perlu bedah wajah dan letak jambang agar nampak seperti lelaki," ujarnya. Tampil dengan lagu terbaharu berjudul Uno Dos Tres, Agy berkata dia menerima sebarang kecaman dan kritikan dengan hati terbuka. Agy harap dirinya dapat diterima orang ramai. Namun dia berharap lagu baharunya itu dapat dikenali ramai seperti fesyen dan video viral yang dihasilkan olehnya sebelum ini. "Saya tahu, tapi bila kita di hadapan orang akan nampak kita dulu dan orang akan mengata kita. "Bagi saya itu tidak mengapa, apabila mereka berkata mengenai kita, kita mendapat perhatian dari orang ramai dan itu bagus sebenarnya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!