suria

Banyak bantu bapa siapkan lagu, S Atan pesan anak lelaki sambung legasinya sebagai komposer

Rozaini (kiri) mahu meneruskan legasi yang ditinggalkan S Atan.

ALLAHYARHAM komposer Datuk S Atan berharap anak lelakinya dapat menyambung legasinya sebagai penggubah lagu.

Rozainie atau Dani, 36, yang juga seorang pemuzik bagaimanapun mengakui sukar memenuhi permintaan arwah kerana sedar bakatnya tidak setanding bapanya.

“Ketika arwah sakit dia pernah luahkan hasrat minta saya gantikan tempatnya (sebagai komposer). Saya beritahu bapa saya tidak mampu dan hanya boleh jadi ahli muzik seperti sekarang.

“Sebaliknya saya cuma berharap dapat menjadi seorang bapa sepertinya buat anak-anak saya sebab arwah penyayang dan bertanggungjawab orangnya,” katanya kepada mStar.

S Atan meninggal dunia pada petang Sabtu.

S Atan mahu anak lelakinya meneruskan legasi sebagai komposer muzik.

Rozaini berkongsi perkara itu ketika ditemui dekat rumahnya di Kajang, Selangor.

Bercerita kenangan bersama arwah, Dani memberitahu mereka berdua pernah berkolaborasi menyiapkan susunan lagu terbaharu ciptaan bapanya.

Malah dia diberi tanggungjawab merekod nota lagu yang dimainkan arwah dekat piano ketika kesihatannya agak terganggu sejak kebelakangan ini.

“Saya banyak bantu arwah catat nota lagu yang dimainkan di piano.

ARTIKEL BERKAITAN: Komposer S Atan meninggal dunia akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: S Atan ingatkan isteri tentang perpisahan sejak seminggu lalu, larang iringi jenazahnya ke kubur

“Kemudian saya akan rujuk semula kepadanya... Kalau dia tak suka, saya akan tukar semula nota yang dihasilkan.

“Memang remeh kerja dengan bapa sebab dia seorang yang teliti. Dalam bab kerja dia tegas, saya pernah demam sebab perlu tukar susunan lagu saat akhir,” kongsinya.

Mengimbau kenangan waktu kecil, arwah juga sejak dahulu lagi sudah memberi galakan kepada anak-anak untuk belajar muzik sehinggalah dia membabitkan diri secara serius dalam bidang tersebut.

Ketika arwah sakit dia pernah luahkan hasrat minta saya gantikan tempatnya (sebagai komposer).

ROZAINI

ANAK S ATAN

Malah imbaunya, muzik sentiasa menjadi sebahagian daripada aktiviti mereka sekeluarga.

“Dia garang tapi sayangkan anak-anak. Masa kecil dia yang ajar saya muzik dan daftarkan saya ke kelas muzik sebab tak sanggup lagi nak marah anak-anak.

“Rasanya dalam hidup dia memang tentang muzik. Dia tiada hobi lain. Cuma sejak kebelakangan ini dia suka menontonn filem di televisyen,” kongsinya.

Tahap kesihatan S Atan sebelum ini berada dalam keadaan kurang baik.

Tahap kesihatan S Atan sebelum ini berada dalam keadaan kurang baik.

Pada petang Sabtu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian S Atan atau Hashim Said, 75, akibat sesak nafas di kediamannya dekat Kajang, Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Datin Norizan Yeob berserta enam orang cahaya mata.

S Atan juga mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Jenazah akan dikafankan dan disolatkam di Masjid Jamek Bandar Kajang pada pagi Ahad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan sekitar pukul 11 pagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain