PENYANYI Datuk Jamal Abdillah sempat menjayakan sebuah konsert anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bersama Allahyarham Datuk S Atan di Sabah dua minggu lalu. Jamal, 65, berkata, ketika itu dia perasaan kesihatan arwah tidak berada dalam keadaan baik namun tetap nampak bersemangat sebelum dimaklumkan S Atan dimasukkan ke sebuah hospital sejurus pulang ke Kuala Lumpur. Malah kata Jamal, beliau sempat menziarahi S Atan di wad dan keadaannya kelihatan uzur. "Hubungan kami memang rapat malah setiap hari saya akan berhubung dengan beliau. Jamal sering berhubung dengan S Atan sebelum ini. “Sewaktu kami ada kerja di Sabah baru-baru ini, dia nampak sudah tidak berapa sihat dan ketika arwah dimasukkan ke sebuah hospital saya sempat menziarahinya. “Ketika itu keadaan dia nampak sangat uzur,” katanya kepada mStar. Jamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Kajang, Selangor pada petang Sabtu. Dalam pada itu, Jamal menyifafkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat industri hiburan terutamanya dalam ciptaan lagu Melayu. ARTIKEL BERKAITAN: Komposer S Atan meninggal dunia akibat sesak nafas ARTIKEL BERKAITAN: Adik lelaki sifatkan S Atan komited terhadap muzik, sempat gubah 3 buah lagu untuk penyanyi wanita Malah kata Jamal, dia bersyukur dapat bekerjasama dengan S Atan sehinggakan tiga lagu tema hari raya ciptaan arwah kekal malar segar sehingga ke hari ini. "S Atan adalah seorang sangat bermakna dalam industri hiburan tanah air kerana banyak lagu Melayu ciptaannya yang sangat hebat. "Saya sendiri pernah menerbitkan sebuah album bersama beliau. Tiga buah lagu hari raya saya gubahan beliau sampai hari ini masih menjadi siulan,” ujarnya. Ketika itu keadaan dia nampak sangat uzur. DATUK JAMAL ABDILLAH PENYANYI Berkongsi tentang keperibadian arwah, Jamal berkata S Atan merupakan seorang yang tidak banyak bercakap namun lantang bersuara menyatakan pendiriannya. Malah Jamal menyifatkan arwah sebagai seorang yang tegas ketika bekerja di studio rakaman namun ia menjadi kenangan berharga buatnya. "S Atan tidak banyak cakap orangnya tapi lantang kalau bersuara. Beliau kalau marah, memang marah betul. Tapi saya tidak pernah kena marah dengan beliau. "Saya teringat sewaktu merakamkan lagu, sebagai penerbit apa yang beliau mahu saya buat. S Atan banyak menghasilkan lagu-lagu Melayu popular. “Beliau meletakkan kepercayaan dengan bakat saya dan memberi kebebasan untuk saya menyanyi. Itulah kenangan dengan saya,” ujarnya. Pada petang Sabtu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian S Atan atau Hashim Said, 75, pada pukul 3.53 petang di kediamannya di Kajang, Selangor akibat sesak nafas. Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh isterinya iaitu Datin Norizan Yeob. Jenazah dijangka dikebumikan pada pagi Ahad di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan dekat Kajang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!