BAKAL memulakan persaingan dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), penyanyi Sheila Abdul memberitahu antara perkara yang menjadi kebimbangannya adalah komen terbuka netizen di media sosial. Bukan bermaksud tidak menerima sebarang kritikan, namun Sheila atau Nursheila Abdullah, 36, bimbang membaca respons peminat yang kini jauh berbeza berbanding ketika di awal kemunculannya sekitar tahun 2008. "Komen netizen adalah antara yang mengerikan buat saya... sebab dahulu ketika awal kemunculan tidak ada perkara sebegini. Sekarang ini sesiapa sahaja ada hak bersuara di sosial media. Sheila teruja membuat kemunculan semula di pentas GV11. "Saya akan cuba kawal berdepan dengan komen atau kata-kata netizen supaya tidak mengganggu fokus di pentas GV11 selain memastikan emosi stabil. Belum tentu lagi saya kuat berdepan situasi begini," katanya. Sheila merupakan antara 14 peserta GV11 dan konsert pertama bakal bersiaran secara langsung bermula 24 November ini. Tambah penyanyi ini, di sebalik cabaran media sosial dia juga perlu akur akan kepentingan platform berkenaan untuk terus mempromosikan setiap hasil kerja sebagai anak seni. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Banyak kali terima tawaran akhirnya Ning Baizura setuju sertai Gegar Vaganza, mahu jadi kenangan terindah buat ibu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedih arwah ibu tak sempat lihat Ronnie Hussein di pentas GV11, akui sukar nyanyikan lagu baharu "Untuk tarik peminat baru, mungkin inilah masa sesuai untuk saya dalami tentang media sosial seperti melakukan video siaran langsung di TikTok. "Saya ada akaun media sosial cuma tidak aktif. Saya akan cari cara terbaik untuk lakukan promosi di sosial media," ujarnya. Bercakap tentang penyertaaan dalam program GV11, Sheila berkata ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran itu. Barisan peserta GV11. Berkongsi pentas bersama penyanyi hebat seperti Ning Baizura, Liza Aziz an Inka Christie bagaikan memberi satu keterujaan baginya. "Sebelum ini saya tidak dapat menyertai GV disebabkan belum cukup dua suntikan vaksin Covid-19. Setahun kemudian saya sekali lagi menerima tawaran namun sedang hamil. "Jadi kali ini rasanya ia adalah peluang terbaik. Saya pun tidak tahu bila tawaran sebegini akan datang lagi. "Senarai peserta juga cukup hebat. Saya anggap ia sebagai bonus dapat berkongsi pengalaman bersama mereka," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!