suria

[V] Pelakon ‘Project: High Council’ tiada aplikasi dating, nafi perdaya wanita buat perkara tak senonoh

PELAKON Nik Rifaie menyangkal dakwaan ada menggunakan aplikasi ‘dating’ dengan tujuan memperdaya wanita untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Nik, 26, menjelaskan namanya dikaitkan selepas seorang pempengaruh di TikTok memberi gambaran pelaku adalah salah seorang anggota kelab larian yang sedang popular.

"Saya tak tahu sangat mengenai penularan video tersebut sebab sedang sibuk di set penggambaran cuma ada dengar orang bercakap mengenainya.

"Itu bukan saya lagipun tidak ada sebut nama sesiapa cuma ada dinyatakan anggota kelab larian.

nik rifaie 2

Nik tidak ambil pusing dengan gosip tentang dirinya.

"Mungkin nama saya dipetik sebab saya antara ahli aktif dalam kumpulan larian tersebut," jelasnya kepada mStar.

Nik yang popular menerusi drama Project: High Council menjelaskan perkara itu ketika sidang media drama lakonannya iaitu Opis Politik yang diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Nik tidak menafikan terdapat kemungkinan ada pihak menggunakan identitinya dengan membuat akaun palsu bagi maksud memperdaya wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail kurang selesa digelar duda, terkejut ramai wanita bergurau ajak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Misi selawat 40 hari hampir selesai, Ruhainies rasai pelbagai perubahan

Sekiranya berlaku, tindakan tersebut disifatkan mengambil kesempatan dan memberi impak buruk bukan sahaja terhadap karier seni tetapi peribadinya.

"Ada sahaja orang guna nama dan gambar saya untuk buat akaun palsu tapi apa boleh saya jelaskan saya memang tidak ada aplikasi tersebut.

"Sekiranya ada mengambil kesempatan dengan niat jahat, memang tak bagus. Orang lain buat tak elok, saya pula jadi kambing hitam," ujarnya.

Nik memberitahu dia juga tidak pernah terfikir menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk berkenalan dengan mana-mana wanita atau mencari jodoh.

Mungkin nama saya dipetik sebab saya antara ahli aktif dalam kumpulan larian tersebut

NIK RIFAIE

PELAKON

Sebaliknya Nik menganggap aplikasi berkenaan kurang sesuai digunakan bagi tujuan mencari jodoh.

"Bagi saya kalau nak mengenali seseorang lebih baik secara depan mata. Lebih senang nak mengenali hati budi dan bersembang," katanya.

Sebelum ini, tular video seorang pempengaruh di aplikasi TikTok berkongsi kisah daripada pengikutnya mendedahkan salah seorang ahli kelab larian terkenal mengajaknya melakukan perkara tidak baik.

nik rifaie 3

Nama Nik menjadi sebutan ramai susulan dakwaan cuba memperdaya orang lain.

Individu berkenaan mendakwa dia mengenali ahli kelab larian itu menerusi aplikasi mencari jodoh dan netizen mula memetik nama Nik yang juga anggota Challo Run.

Dalam perkembangan lain, Nik membintangi drama berjudul Ofis Politik yang bakal disiarkan di saluran Astro Ria bermula 4 Disember ini.

Ofis Politik merupakan sebuah komedi tentang sebuah agensi kerajaan ditubuhkan seorang individu bergelar 'Datuk' untuk menyeleweng duit.

Selain Nik, drama ini turut dibintangi pelakon popular termasuk Erysha Emyra, Syafitee dan Rashidi Ishak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain