PELAKON Zulkifli Ismail terpaksa ditahan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia sejak Isnin susulan mengalami masalah pernafasan ketika tidur. Lebih membimbangkan kata Zulkifli, 61, pernafasannya juga pernah terhenti beberapa kali semasa dia sedang tidur nyenyak. Disebabkan perkara itu, Zulkifli memberitahu dia 'menyerah' diri ke hospital bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi dan selesai menjalani rawatan dikenali sebagai sleep studies. Zulkifli jalani ujian kerana masalah pernafasan. "Doktor melakukan sleep studies sebab saya sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur atau dipanggil sleep apnea. "Ini termasuklah nafas terhenti beberapa kali sepanjang malam ketika tidur," katanya. Zulkifli berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Hilang deria penglihatan, Kyoll sedia tinggalkan kerusi pengarah... Sedih ada pihak cuba tutup punca rezeki ARTIKEL BERKAITAN: [V] Janji kosong penganjur punca lama tak menyanyi, ‘live’ di TikTok cara Shima jana pendapatan Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu ujian sleep studies dilakukan bagi mengenal pasti beberapa perkara dihidapi ketika tidur. Ini kerana dia sudah agak lama mengalami masalah gangguan tidur seperti berdengkur selain cepat berasa mengah ketika bercakap. "Nafas saya juga menjadi laju sampai orang lain boleh mendengar bunyinya. Kalau bercakap pula macam termengah-mengah. Jangan risau. Tidak membimbangkan ZULKIFLI ISMAIL PELAKON "Pernah ketika penggambaran, juruaudio pernah cakap suara saya kedengaran termengah-mengah seperti ada tidak kena dengan pernafasan saya," katanya. Sementara itu, Zulkifli memberitahu dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai menjalani pemeriksaan sleep studies. Zulkifli mohon doa agar tiada sebarang masalah serius. Bagaimanapun dia perlu kembali ke hospital untuk mengetahui keputusan ujian tersebut dan memberitahu keadaannya kini tidak membimbangkan. "Pagi tadi saya selesai menjalani prosedur sleep studies dan dibenarkan balik. Minggu depan jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian. "Terima kasih kepada kawan-kawan yang prihatin dan mendoakan kesihatan saya. Jangan risau. Tidak membimbangkan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!