suria

Permulaan cari kebahagiaan, Jovian Mandagie tumpang gembira bekas isteri sudah jumpa pengganti

Jovian percaya penceraian merupakan jalan buat mereka mencari kebahagian masing-masing.

PEREKA fesyen Datuk Jovian Mandagie tumpang gembira dengan berita perkahwinan bekas isterinya iaitu Nina Ismail Sabri yang berlangsung pada Ahad lalu.

Dengan penuh ketulusan, Jovian atau Mohd Ridhwan berkata penceraian bukanlah pengakhiran namun ia adalah permulaan buat mereka mencari kebahagiaan yang belum pernah ditemui.

"Kadang-kadang, perpisahan bukanlah pengakhiran tetapi permulaan.

Copy of Untitled (68)

Jovian berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Peluang untuk mencari kebahagiaan lebih besar secara berasingan daripada yang pernah kita capai bersama," katanya.

Jovian menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Isnin.

Tiada rasa iri hati, Jovian sebaliknya memberitahu dia masih mengekalkan hubungan baik bersama Nina demi kebahagian anak mereka iaitu Jeanelle Nika Mandagie.

ARTIKEL BERKAITAN: Jovian Mandagie dedah sudah bercerai dengan anak Ismail Sabri, hubungan kekal sebagai sahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal lunas pinjaman persahabatan dalam tempoh setahun, Jovian Mandagie diarah bayar RM10 juta kepada 2 syarikat

"Hubungan kekal dengan rasa hormat, dan kasih sayang terhadap apa yang telah kita bina bersama sebelum ini. Itulah kisah kita," ujarnya.

Dalam hantaran lain, Jovian sempat memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu.

"Tahniah, maaf saya tak dapat hadir menyaksikan penyatuan cinta kalian.

2423813

Jovian dan Nina mengekalkan hubungan baik demi anak mereka.

"Semoga berbahagia! Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat," jelasnya.

Nina mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman menerusi majlis yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 24 November lalu.

Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013 namun jodoh mereka tidak bertahan lama selepas mengumumkan penceraian pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain