suria

Misi selawat 40 hari hampir selesai, Ruhainies rasai pelbagai perubahan

Ruhanies mendedahkan terima pelbagai nikmat selepas amalan berselawat.

PELAKON Ruhainies gembira ramai pengikutnya di laman sosial turut mengikuti misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Susulan itu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berharap orang ramai yang melakukan amalan tersebut merasai perubahan seperti mana dialaminya.

"Alhamdulillah, bestnya ramai yang sudah mula (berzikir). Ada yang dah buat 10 hari, lima hari, dua hari dan ada baru nak mula hari ini.

"Jom kita sama-sama rasa. Anis (panggilan Ruhainies) tak nak kedekut seorang-seorang. Nak korang rasa apa Anis rasa," katanya.

anis1 - 1

Ruhaines gembira apabila ramai pengikut di media sosial mengamalkan misi berselawat.

Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi ruangan soalan yang dibuka kepada pengikut di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu selepas 34 hari mengamalkan rutin tersebut, dia memperoleh pelbagai nikmat.

Bagaimanapun Ruhainies enggan berkongsi kepada umum tentang kelebihan tersebut kepada umum.

"Saya baru 34 hari, ada lagi enam hari lagi, doakan saya. Walaupun belum cukup 40 hari, saya boleh rasa perbezaannya dan banyak nikmat diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: Obses dengan tasbih digital, Ruhainies mahu berselawat 1,000 kali sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah sudah berkahwin dengan Zul Ariffin, Ruhainies mohon netizen tidak tertipu

"Saya tak perlu sebutkan (nikmat) disini, biarkan hanya saya dan Allah sahaja tahu," ujarnya.

Pelakon drama Terjerat ini memberitahu dia tidak memaksa sesiapa melakukan amalan tersebut kerana hanya sekadar berkongsi pengalaman dan perubahan dialami.

"Sudah tentu tiada paksaan pada sesiapa ya. Hanya yang ingin rasa perubahan itu dialu-alukan sebab janji Allah itu pasti.

anis2 - 1

Ruhainies mahu sebarkan kebaikan kepada orang ramai.

"Anis mengajak siapa yang ingin sahaja, siapa yang buat Alhamdulillah dapatlah manfaatnya.

"Anis tak rugi apa-apa. Siapa buat dia dapat, siapa tak buat pun tak mengapa. Tak berdosa pun. Saya hanya gembira untuk berkongsi pengalaman saya," katanya.

Sebelum ini, Ruhainies berkongsi dirinya kini sedang fokus dengan misi berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Malah aktres berkenaan turut mengajak orang ramai terutama golongan wanita untuk sama-sama melakukan amalan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain