PENAMPILAN penyanyi Daiyan Trisha semasa menghadiri konsert Dua Lipa di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu mengundang kecaman netizen. Menjawab kritikan itu, Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, memilih untuk menyekat akaun yang meninggalkan komen negatif kerana dianggap tidak memberikan sebarang manfaat. Kata Daiyan, netizen berkenaan tidak mengikutinya di Instagram, sebaliknya sibuk mencari kesilapannya. Daiyan berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya pada Isnin. "Kelakarlah. Yang meninggalkan komen negatif dekat hantaran terakhir saya bukannya pengikut saya pun! "Kamu semua ke sini hanya untuk meninggalkan komen yang tidak diminta? Kamu semua tidak peduli tentang saya dan apa yang saya lakukan. Pelik betul. Sudah sekat!" katanya. Daiyan berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha buat tindakan drastik, batal kontrak bersama jenama antarabangsa ARTIKEL BERKAITAN: [V] Daiyan Trisha sedia bergelar isteri, cari calon jaga agama dan serius dalam hubungan... “Kalau serius jom kahwin” Sebelum ini, Daiyan memuat naik video memperlihatkan dia mengenakan baju yang dianggap seksi. Fesyen Daiyan itu mengundang rasa kurang senang netizen yang menasihatinya untuk berubah ke arah lebih baik. "Kenapa tidak memakai pakaian yang lebih tertutup? "Tahulah minat Dua Lipa, tapi janganlah ikut cara pemakaian dia. Dia bukan orang Islam, jadi bolehlah dia seksi," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!